Hek eleh.. Bajet Bagus Jer Shaklee ni..




Wah wah wah.. kemain lagi tajuk ye? Haha

Saya dah join Shaklee 2 tahun lebih. Ramai juga yang tanye, apa yang best sangat join Shaklee ni? Well, kalau nk diikutkan mase mula – mula join dulu takde apa pun yang menarik. Mase tu dalam kepala cuma fikir, nak cuba jual barang Shaklee. Kebetulan masa tu saya memang jual produk lain, jadi join Shaklee hanyalah sebab nk tambah pendapatan tak lebih daripada tu.

Sebenarnya pada masa tu saya memang consume produk Shaklee iaitu Breastfeeding Set. Hampir setahun juga saya consume. Tapi masa tu SID (Shaklee Independent Distributor) tersebut tak pernah offer membership. Dan nak dijadikan cerita, kakak yang tinggal di Cameron ni (upline saya sekarang) approach dan ajak saya join. Sepanjang saya consume Shaklee, saya memang berpuas hati. Tanpa saya sedar, kulit saya makin flawless dan berseri ala - ala Che Ta. Itupun selepas beberapa kawan saya tegur. Susu pun Alhamdulillah tak pernah kering dan paling saya suka ialah badan langsung tak letih. Sentiasa bertenaga dan jarang rasa lesu.

Pada saya apa yang best sangat mengenai Shaklee ialah pada Group Support. Sokongan dan motivasi dari upline dan sideline sangat best. Mereka sentiasa memberi semangat walaupun kami semua tak pernah berjumpa face to face. Maklumlah, majority berbisnes secara online. Walaupun tak pernah berjumpa tapi kami semua sangat mesra antara satu sama lain. Saya tak pernah jumpa group support yang best macam ni. Tambahan lagi, group telah sediakan macam – macam ilmu dari segi produk, teknik pemasaran, kenali potensi diri dan banyak lagi. Ilmu yang group sediakan sangat banyak tinggal kita nak guna atau tak sahaja. Sebab tu saya sangat sayangkan Shaklee. Shaklee buat ukhwah saya dengan orang lain terjalin dan menjadi rapat.

Shaklee juga telah mengubah cara saya berfikir. Shaklee buat saya ada impian besar dalam hidup. Sebelum saya join Shaklee saya tak pernah dan tak mampu nak berfikir yang saya akan dapat income 5 angka, saya tak pernah mimpi nak bercuti di luar negara, tak terfikir yang saya akan beri mak saya duit bulan – bulan sebanyak 4 angka. Malu nak cerita tapi masa tu memang saya macam takde impian hidup. Saya tak nampak apa akan jadi pada masa depan saya. Saya cuma nak ikut flow yang Allah tentukan. Tapi sebenarnya saya silap. Hidup kita ni tak kisah la siapa pun kita, kita mesti ada perancangan, mesti ada impian. Itu yang saya rasa indah sangat Shaklee ni. Dia membawa perubahan yang sangat besar dalam hidup saya. Syukur pada Allah yang telah membawa saya ke dalam Shaklee.

Sekarang saya lebih positif. Apa yang berlaku dalam sekeliling saya, saya akan cuba pandang positif. Berbeza dari dulu yang saya mudah bersedih dan kecewa atas apa yang berlaku dalam hidup. Saya selalu fikir, setiap dugaan yang berlaku dalam hidup adalah kerana kesilapan saya yang lalu. Tapi bila terlalu banyak dugaan yang datang, saya jadi terlalu kecewa. Banyak betul silap aku ye sampai tak habis – habis Allah uji aku. Hihi.. bagus sebenarnya. Buat kita sentiasa muhasabah diri. Tapi sebenarnya saya lupa. Kegembiraan dan kebahagian akan hadir selepas kita diuji. Mari kita renung ayat 5 & 6 dalam surah al Insyirah yang bermaksud :

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
.

Bila saya lihat ayat ni, rasa lapang sangat dada. Rupanya Allah nak bagi aku kegembiraan. Jadi kenapa harus aku bersedih atas setiap ujian Allah? Kalau bukan saya join Shaklee, mungkin lambat lagi saya nak jumpa ayat penenang ni. Hihi.

Banyak lagi sebab kenapa saya suka berbisnes Shaklee. Tapi kalau nak longgok semua dalam 1 entry jadi panjang sangat lah pulak,kan? Saya akan cerita kelebihan lain yang saya dapat dalam next entry.

Sehingga berjumpa lagi. Daaaaa

Najihah
0175012307

1 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Baca ni! Best!