7 rawatan resdung yang dikatakan antara yang mujarab!

Saya bukan pengidap resdung tapi saya mempunyai raaaaamai rakan yang menghidap resdung. Bila dah berkawan ni, macam - macamlah rawatan yang saya tau.. Banyak rupanya cara merawat resdung ye..

1. Lilin resdung

Ni saya rasa paaaling biasa.. Masa saya belajar di utm dulu, ramai betul kawan - kawan yang buat rawatan ni. Ade juga student buat part time. Buat servis rawatan resdung guna lilin ni. Asap tu akan dihala kat muka. Saya tak tau la sakit ke tak rawatan ni tapi rata - rata yahg saya tengok mesti matanya berair2.. Pedih gamaknya..

2. Berbekam

Bekam adalah salah 1 kaedah nabi menjaga kesihatan. Kira rawatan ni paling lama dalam dunia. Berbekam ni membolehkan darah - darah kotor dikeluarkan dari darah. Dari pembacaan saya, sebelum berbekam kulit akan ditoreh sedikit supaya darah kotor dapat dikeluarkan. Hmm.. Dengar toreh tu pun saya dah takut.. Huhu..

3. Guna Lintah

Kalau saya penghidap resdung, rasenya inilah rawatan yang saya paaaling elak. Membayangkang binatang berjalan - jalan kat atas muka, ya Allah.. Maaf, saya memang penggeli. Ada rakan yang pernah mencuba kaedah ni. Katanya, sellepas lintah tu gemok, ia akan dibunuh. Agak mengambil masa kaedah ni sebab nak tunggu lintah tu gemok boleh tahan lama juga..

4. Pil - pil herba


Pil - pil herba ni kesannya biase ambil masa.. Setakat yang saya tahu lah.. Sebab rakan - rakan yang ambil pil herba ni bagitahu kesan positif yg dapat kita rasa adalah selepas 3 minggu biasanya. Mb tengok badan juga, ade cepat ade yang lambat. Pil herba ni fokusnya adalah untuk membunuh kuman - kuman yang hidup di dalam rongga hidung dan muka (tempat pembiakan ulat - ulat resdung)

5. Sabun muka resdung

Sabun muka ni yang saya tahu guna setiap kali kita cuci muka. Tapi xtaulah kot la sabun ni ade untuk kulit kering, kulit berminyak ke.. Sabun muka ni biasanya dari unsur - unsur herba juga.

6. Bedak resdung

Bedak resdung biasanya di pakai time sebelum tidur. Bedak tu akan bertindak pada waktu malam ketika kita tidur. So bangun pagi dikatakan kuranglah bersin, selsema dan sebagainya. 

7. Rawatan Gurah

Maaf, saya terpaksa tutup dengan monyet, panda dan sebagainya sebab hadooiiii.. Memang tak boleh nak tengok lendir - lendir tu.. Rase kembanggg tekak.. Rawatan ni kalau dari pembacaan saya, ia adalah satu kaedah rawatan resdung sunnah nabi yang menggunakan kaedah tarik lendiran kotor dari rongga hidung dan kerongkong. Hasilnya masalah resdung bersin pagi,gatal muka,migrain,asma dan juga berkahak selesai setelah menjalani rawatan gurah ini.

Bersyukurnya saya kerana bukan penghidap resdung. Tak tau lah ye.. Mb saya ade resdung tapi tak kuat kot.. Tambah saya memang konsisten telan Vitamin C Shaklee setiap hari. Maybe sebab tu resdung saya terkawal? Hmmm.....

Kedai makan yang unik di Cameron Highlands


Ada 1 gerai makan di tengah hutan jalan simpang pulai - cameron highlands. Gerai makan ni taklah besar tapi yang menariknya, gerai ini wujud di kawasan yang agak sunyi... Dan suasananya begitu tenang. Yelah, laluan ni bukannya sibuk sangat pun. Kereta yang lalu boleh dikira. 

Kakak penjual ni tak jual macam - macam makanan. Yang ada cuma pisang goreng, cucur, nasi lemak dailn air minuman kalau tak silap. Yang bestnya gerai ni kedudukan die betul-betul di sempadan perak dan pahang.

Lagi satu yang menarik pasal gerai ni ialah sumber airnya daripada bukit. Air bukit ni boleh la buat cuci2 pinggan, cuci2 tangan.. Jimat banyak akk ni.. Takyah bayar bil air. Hahaha..

Meh tengok gambar - gambar ni. 








Kalau korang lalu jalan ni boleh la singgah okeh!

My First Supplement

Dulu mase kecik-kecik ada 1 supplement yang iklannya selalu kuar kat tv. Mase ni umur saya dlm 6, 7 tahun kalau xsilap. Mase ni rasenye supplement scott emulsion the only supplement yang dok glamer kat tv. Iklan die yang anak ikut bapak g mancing tu.. Kalau tak silap lah.. Haha.. 

Iklan scott's emulsion ni boleh tahan kuat juga pengaruh dia. Ingat lagi ramai kawan - kawan yang parents derang beli bagi derang makan. Mak saya pun termasuk sekalilah. Hahaha.. Tapi rasanya dulu tak lama saya ambil scott's emulsion ni. Rase mcm telan 2 botol je kot. Pastu mak saya tak beli dah. Tak taulah kenapa. 

Tapi saya akui, scott's emulsion perisa oren tu memang sedap bangat. Sehari mak bagi 1 sudu besar je tapi biase lepas tu saya senyap2 ambil lagi 2-3 sudu. Hahaha.. Entah - entah sebab tu kot mak dah tak beli lagi. Bajet sebotol tu untuk sebulan tapi tahan 2 minggu je. Hahaha

Lepas stop Scott's Emulsion mak takde bagi lagi dah supplement. 

Eh, ubat homeopathy tu consider supplement ke? 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Baca ni! Best!