Master Celebration – Majlis Meraikan Master Farihah Abu Kassim 15 Feb2014 (PART 1)



Assalamualaikum..

Pada 15hb Februari yang lalu, Shaklee telah menganjurkan satu majlis khas iaitu Master Celebration untuk Master Farihah Abu Kassim serta suaminya Master Raja Abdul Mutalib Raja Yusof


Majlis ini memang sangat istimewa kerana ia merupakan majlis bagi meraikan kejayaan seorang yang bergelar master setelah mereka berjaya memperluaskan empayar Shaklee kepada orang ramai serta menghasilkan ramai leader di bawah pimpinan mereka. Bagi yang tak tahu, dalam Shaklee pangkat yang tertinggi ialah Gelaran Master

Distributor  >>  Supervisor  >>  Senior Supervisor  >>  Coordinator  >>  
Senior Coordinator  >>  Key Coordinator  >>  Senior Key Coordinator  >> 
Master Coordinator

Lebih menarik, Master Celbration ini hanya dianjurkan oleh Shaklee Malaysia sahaja. Tapi yang paling menarik sekali ialah , peruntukan setiap Majlis ialah sebanyak RM50,000!! Fuhhh.. memang best!! Dalam kumpulan yang saya sertai ini jumlah master dah hampir 40 orang. Bayangkan seorang master diberi peruntukan sebanyak RM50,000, kalau dah 40 orang master??

RM50,000    x     40 orang   =   RM2,000,000!! 
DUA JUTA TUUU...

Shaklee juga memberi kebebasan kepada setiap master yang diraikan untuk memilih mana – mana tempat bagi meraikan kejayaan mereka. Untuk Master Celebration Master Farihah Abu Kassim, beliau telah memilih untuk diadakan di Hotel Marriot Putrajaya. Majlis berlangsung dari jam 2 petang hingga 6 petang. Saya tidak pernah menyertai mana – mana Master Celebration jadi masa nak pergi ke majlis tu memang rasa teruja sangat – sangat!

Rancangan asal nak pergi naik bas je dari Cameron Highlands. Perjalanan dari Cameron Highlands ke KL dalam 4 jam.. hihi..gigih tuu.. demi nak meraikan seorang master yang saya anggap sebagai seorang kakak. Tapi niat tu dibatalkan selepas upline saya iaitu Kak Aini Mumtaz ajak saya tumpang sekali dengan dia.. sebenarnya nak naik bas tu pun ada hidden agenda. Dalam masa yang sama saya sebenarnya nak ajak anak saya. Safiya merasa pengalaman naik bas. Tapi takpelah.. boleh cuba lain kali.. hihi..

Baik, tumpang dengan Kak Aini Mumtaz tapi pergi Master Celebration dengan sahabat saya juga merupakan downline saya iaitu Anne Ilani. Haa. Caner tuh?? Majik x?? hihi.. kami sampai di Hotel Marriot Putrajaya dalam pukul 2 petang. Sampai – sampai je kami semua diminta untuk makan tengah hari di ruang makan bersebelahan dengan hall untuk meraikan Master Farihah Abu Kassim.

Jejak je kaki dalam ruang makan, saya dengan Anne terkejut!! Kami macam .. “Wowww!!..Dasyat..” Serius tak sangka!!

Haa.. nak tau ape yang buat kami melopong, tunggu next entry saya ya!!

Hihihi..

Master2be,
Najhah Sudi
FB : Najihah Sudi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Baca ni! Best!