Teks : Najihah Sudi
Terkejut beruk masa blogwalking tadi terbaca satu
statement yang mengambilan panadol secara berlebihan boleh sebabkan kerosakan
hati. Bila hati dah rosak maka timbullah penyakit – penyakit hati seperti
keradangan, cirrhosis, hepatitis dan lain – lain
Sakit Kepala = Barah Otak?
Teringat la plak zaman – zaman belajar dulu. Masa saya
tingkatan 5 selalu sangat sakit kepala. Mase zaman suci murni dulu, agaknya
terlalu terpengaruh dengan drama – drama melayu, asal sakit kepala jer terus
fikir “alamak, aku kene barah otak ke? Aku dah nak mati. Ala sedihnya.. tak
sempat aku nak kawen.. oh tidakkk..” tragis sungguh pemikiran saya masa tu. Drama
melayu pun satu hal jugak. Kalau sakit kepala jer mesti kata barah otak, asal
muntah - muntah je rupenya kene barah otak... dah macam takde penyakit lain
dalam dunia ni. Begitu besar pengaruh drama melayu pada diri saya sampai
terfikir saya dah kene barah otak masa tu..pastu melaratlah mengelamun..
admitted kat hospital.. rambut gugur sampai botak.. pastu kawan – kawan datang
melawat.. cikgu datang bawak buku nota.. (walaupun sakit, iolls tetap ada
kesedaran kepentingan ilmu tauuuu..hahha) haiii la.. sungguh tak matang saya
masa tu walaupun dah tingkatan 5 kotttt..
My BFF (Best Fren Foreberrr)
Jadi bila dah kerap sangat sakit kepala tu,panadol pun
jadi sahabat baik. Sekali telan, hamekkk.. sampai 2- 4 biji..(tapi tetap tak
boleh lawan kehebatan abang saya yang bila migraine terus telan panadol 1
papan!! Tau sepapan ade berapa biji?? 8 biji kauuu!! Giler ar..) Hal ni memang
berlarutan sampai saya kerja.. bayangkan.. bertahun – tahun saya ber’bff’
dengan panadol. Sungguh masa tu takde kesedaran langsung pasal keburukan
pengambilan panadol secara kerap dan berlebihan. Mase tu hanya fikir nak sihat
pastu nak pergi kerja. Sihat lah sangattt…
Mengikut daripada website ni,
“pengambilan ubat-ubatan boleh merosakkan sel hati sama
ada sementara atau kekal. Sesetengah ubat yang terlebih dos boleh menyebabkan
kecederaan hati dan seterusnya merosakkan sel hati”
Saya masa baca ayat ni ok lagi. Yelah, setakat ni Alhamdulillah
takde lagi sakit – sakit kronik. Setakat deman, selsema tu adalah sesekali kene. Yang buat
saya terkejut ala – ala beruk tu bila panadol yang saya sangkakan ‘ubat paling selamat’
pun turut memberi kesan kepada hati. Selain panadol, ade lagi ubat lain. Meh sini
Iolls nak tunjuk
a. Pengambilan berlebihan acetaminophen (seperti Tylenol,
Panadol) boleh menyebabkan kegagalan hati berfungsi.
b. Ubatan statin yang berlebihan bagi mengawal kolesterol
dalam darah juga boleh menyebabkan keradangan hati. Tahap keradangan sel hati
ini boleh diketahui dengan melakukan ujian kandungan enzim hati dalam darah.
c. Antibiotik (seperti Nitrofurantoin, amoxicillin,
clavulanic acid, tetracycline) juga boleh menyebabkan keradangan sel hati.
d. Sesetengah ubat-ubatan tradisional dengan jumlah
vitamin yang berlebihan (terutamanya vitamin A) juga boleh menyebabkan
hepatitis, cirrhosis dan kegagalan hati berfungsi.
* Yang e ni bukan ubat tapi saya nk tunjuk jugak
e. Kebanyakan cendawan/kulat adalah toksik kepada hati.
Oleh itu, berhati-hatilah makan cendawan yang dipungut liar yang jarang ditemui
kerana ia boleh membawa mudharat atau maut.
Jadi anda kat luar tu, bila dah baca pasal ni, sedarlah
yang ubat kita ambil pun sebenarnya ada kesan buruk pada kita. Sedihnya.. biase
ambil kita mesti nk sihat, ye tak? Tapi sebaliknya plak yang jadi.
Habes tu, ape nak buat untuk mangsa macam saya ni?
(mangsalah sangatt.. sape suruh ko telan panadol sampai 4 biji??) yela.. dah
telan beratus biji panadol mesti ada kesan sama pada hati saya , betul tak?
DTX Complex
Shaklee ada menawarkan 1 makanan tambahan hebat untuk kesihatan
hati. Dengan gabungan ekstrak biji benis pokok susu tisel, Articok, Dandelion,
Kunyit, Reishi Mushroom dan Schizandra ia mampu memberi kesihatan yang baik
untuk hati kita.
Bagaimana DTX Complex berfungsi?
1. Melindungi hati daripada toksin termasuklah dadah,
racun dan bahan kimia
2. Merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis
3. Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat pengmbilan alcohol
berlebihan
4. Membantu mencegah masalah batu karang
5. Membantu masalah kulit seperti psiorisis dan eczema
6. Membina semula sel – sel hati
7. Meransang pengaliran hempedu
8. Membantu ketika berlaku kebengkakan hati (hepatitis)
dan jaundice
9. Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi –
melawan anemia
10. Melawan tumor dan kanser
11. Merendahkan paras gula dalam darah
12. Membina imun – membantu dalam mencegah atau merawat
kanser
13. Meransang sintesis protein
14. Meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan
detoksifikasi
15. Memperlahankan pembentukan toksin
Bila baca pasal DTX Complex ni rasa lega sangat. Penyelamat
gitu.. so, anda kat luar tu jangan bertangguh untuk dapatkan hati yang sihat. Jangan
sampai dah terkene penyakit hati baru kita nak bertindak. Tambahan pula dengan
kepesatan kenaikan toksin dalam dunia ni menyebabkan potensi kita untuk
mendapat penyakit hati seperti keradangan, sirosis, hepatitis, hati berlemak
dan juga kanser hati adalah sangat cepat. Dan ia juga tak kenal siapa dan tak
kira umur.
DTX Complex : RM 155 (termasuk sabah Sarawak) dan
mengandungi 90 biji.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya
Najihah
017-5012307
(SMS / WhatsApp / We Chat/ Call)
1 comments:
DTX Complex ni memang bagus, detox hati.
Nak best lagi ambil Alfalfa - detox darah.
Nak power lagi ambil Herb-Lax - detox usus.
Hafez the Great - saya memang suka membebel...
Post a Comment