Kedai makan yang unik di Cameron Highlands


Ada 1 gerai makan di tengah hutan jalan simpang pulai - cameron highlands. Gerai makan ni taklah besar tapi yang menariknya, gerai ini wujud di kawasan yang agak sunyi... Dan suasananya begitu tenang. Yelah, laluan ni bukannya sibuk sangat pun. Kereta yang lalu boleh dikira. 

Kakak penjual ni tak jual macam - macam makanan. Yang ada cuma pisang goreng, cucur, nasi lemak dailn air minuman kalau tak silap. Yang bestnya gerai ni kedudukan die betul-betul di sempadan perak dan pahang.

Lagi satu yang menarik pasal gerai ni ialah sumber airnya daripada bukit. Air bukit ni boleh la buat cuci2 pinggan, cuci2 tangan.. Jimat banyak akk ni.. Takyah bayar bil air. Hahaha..

Meh tengok gambar - gambar ni. 








Kalau korang lalu jalan ni boleh la singgah okeh!

My First Supplement

Dulu mase kecik-kecik ada 1 supplement yang iklannya selalu kuar kat tv. Mase ni umur saya dlm 6, 7 tahun kalau xsilap. Mase ni rasenye supplement scott emulsion the only supplement yang dok glamer kat tv. Iklan die yang anak ikut bapak g mancing tu.. Kalau tak silap lah.. Haha.. 

Iklan scott's emulsion ni boleh tahan kuat juga pengaruh dia. Ingat lagi ramai kawan - kawan yang parents derang beli bagi derang makan. Mak saya pun termasuk sekalilah. Hahaha.. Tapi rasanya dulu tak lama saya ambil scott's emulsion ni. Rase mcm telan 2 botol je kot. Pastu mak saya tak beli dah. Tak taulah kenapa. 

Tapi saya akui, scott's emulsion perisa oren tu memang sedap bangat. Sehari mak bagi 1 sudu besar je tapi biase lepas tu saya senyap2 ambil lagi 2-3 sudu. Hahaha.. Entah - entah sebab tu kot mak dah tak beli lagi. Bajet sebotol tu untuk sebulan tapi tahan 2 minggu je. Hahaha

Lepas stop Scott's Emulsion mak takde bagi lagi dah supplement. 

Eh, ubat homeopathy tu consider supplement ke? 

Aktiviti hujung minggu

Hai!! Assalamualaikum untuk anda semua. Hari ni dah hari ahad so dah tamatlah sesi berhujung minggu. 

Hujung minggu ni memang idaman semua terutama yang bekerja betul x? Bukan ape, time hujung minggu lah mase untuk setelkan banyak bende yang tak boleh buat time hari biase. 

Walaupun saya bekerja dari rumah, hujung minggu juga adalah hari yang saya tunggu-tunggu.  So ape yang saya buat time hujung minggu? Lets check it out!

1. Kemas bilik

Jangan tak tau, walaupun saya kerja dari rumah tapi ade mase memang tak sempat nak kemas betul2 bilik. Ada masa semua saya longgok dulu baju ke tepi atau dalam bakul. Hujung minggu baru saya kluarkan balik. Cadar pun sepanjang hari biase tak dapat nk kemas elok2. Ikut dan jer. Hehe

2. Masak

Passion saya selain shaklee ialah memasak. Biasa hujung minggu saya kurangkan sikit aktiviti bisnes dan amek peluang ni untuk masak. 

3. Planning untuk to do list untuk seminggu. 

Biase planning ni saya buat ahad malam isnin. Saya akan rancang ape yang saya nak buat selama 1 minggu. So takdelah fokus kita lari dan paling penting semua kerja saya terurus.

So inilah 3 aktiviti wajib yang saya biasa buat sewaktu hujung minggu. 

Bagaimana dengan anda?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Baca ni! Best!