Suplemen Boleh Kuruskan Badan? Biar betik!!



Erk, ape kaitan dengan betik plak nih?? hehe.. ape2 pun.. YUP, Betol sesangat..... Suplemen memang boleh bantu usaha kalian nk kurus. yay!!! Tinggal beberapa hari lagi rasenye kita akan menyambut ramadhan. Ramai yang mengambil peluang sempena bulan puasa ni untuk turunkan berat badan. Yup, sgt benar. Inilah antara masa yag sgt sesuai untuk kecikkan sikit badan tuh. Hehe… Jom kenali fungsi setiap vitamin shaklee yang mampu membantu anda mendapatkan berat dan badan yang diinginkan..



Omega-3

Makanan mengandungi Omega-3 dikatakan boleh membantu menguruskan badan. Bagaimana?

Memberikan kekenyangan


Omega-3 ni didapati daripada sumber lemak. Lemak yang baik. Lemak merupakan molekul berantai panjang. Kompleks. Kiranya ambil masa yang lama untuk sistem pencernaan kita untuk menghadamnya. Jadi, Fats stays longer in stomach. Ini memberikan rasa kekenyangan atau kata orang Kedah : satiety. Eheh! satiety = kekenyangan :) Kalau dah kenyang, takan nak makan kan?

Menggalakkan penggunaan lemak


Satu kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Obesity, pengambilan Omega-3 meningkatkan penggunaan lemak. Bagaimana? Omega-3 sebenarnya boleh merendahkan kandungan insulin. Apa kena mengena dengan insulin? Insulin tu apa? Ha.. meh nak cerita.



Insulin ni adalah sejenis hormone yang menggalakkan penukaran gula kepada lemak. Camni la kalau persamaan dia:

GLUCOSE -----INSULIN --------> FAT

Jadi, bila pengambilan omega-3 suppress insulin level, kurang insulin akan menyebabkan kuranglah penukaran gula kepada lemak untuk disimpan. Lebih banyak gula akan digunakan, kurang gula yang ditukarkan kepada simpanan lemak. Boleh dapat? Tak paham, angkat tangan ye ;)

Protein

High Protein Diet memang popular. Ada orang yang cuma makan telur putih sebab nak diet, taknak ambik carbohydrate nanti gemok katanya. Jangan buat camtu ye, apa pun pilihan, carbohydrate masih sumber terbaik untuk penghasilan tenaga. Ingat ye kawan-kawan sekalian, There is no magic food. Takde SATU makanan ajaib yang boleh membekalkan kesemua nutrien utk kita. Kita kena ambil pelbagai makanan.



Kenapa makanan tinggi protein boleh kuruskan badan? Protein memberikan kekenyangan yang lama kepada kita kerana struktur protein yang kompleks berbanding karbohidrat. menyebabkan protein sukar diurai & berada lama di dalam perut & kita kenyang. Kenyang takan nak makan lagi? hehe.

Jangan salah faham ye, boleh diurai/ dicerna, cuma lambat sikit. Berbeza kesnya dengan baby. Ada kan baby yang disuap pisang / nestum dsb masa sebelum 6bulan lagi. kan dia tidur lama? tu sebab sistem penghadamannya kurang matang & mengambil masa yang sangat lama untuk mencernakan makanan tersebut. Tu yang dia kenyang lama, sebab perut dia penuh & dia sebenarnya struggle untuk mencernakan makanan-makanan yang begitu kompleks. Berbeza dengan susu ibu yang ringkas & tidak membebankan sistem penghadaman bayi *selingan*

Selain itu, protein mengandungi amino acid yang dinamakan Leucine & Lysine. Amino acid ni macam blok-blok binaan bagi protein. macam bata-bata yang membina dinding. Setiap satu bata tu adalah amino acid.

Lysine sangat penting untuk menghasilkan carnitine yang bertanggungjawab menukarkan asid lemak kepada tenaga dan membantu menurunkan aras kolesterol. Baikkan Lysine? :) Selain itu, Lysine juga berfungsi membantu tubuh menyerap kalsium, membina kolagen juga memegang otot (Bila dah kurus, takla menggeleber). Leucine amat penting dalam pembinaan struktur protein.

Tapi, hati-hati, ambil protein berpada2.Jangan mentang2 nak diet kuruskan badan. seeeemua makanan protein belaka. hihi. Kelebihan protein boleh membebankan ginjal kita untuk memproses. Kenapa? Kerana ginjal akan memproses protein untuk disingkarkan jika berlebihan. Terlalu banyak protein akan membebankan ginjal.

Disarankan kita melebihkan pengambilan protein bersumberkan tumbuhan kerana sumber haiwan mengandungi lemak & kolestrol yang lebih tinggi.



Serat / Fiber

Pengambilan serat juga membantu kita merasa kenyang lebih lama. Serat boleh bergabung dengan lemak & seterusnya diangkut keluar oleh tubuh.


Lechitin

Lechitin boleh berfungsi menjadi pemecah kepada lemak (fats emulsifier). Lemak-lemak yang dipecahkan digabungkan dengan diet yang tinggi serat & air akan membantu menguruskan badan.



B complex

Keluarga vitamin B mempunyai fungsi yang sangat pelbagai. Salah satunya ialah memangkinkan penghasilan tenaga. Maksudnya, bila kita makan, Vitamin B akan membantu pengoksidaan karbohidrat / lemak / protein untuk menghasilkan tenaga. Dalam erti kata lain pembakaran sumber tenaga lebih cepat. Hmm... jangan skip b complex ya :)

*This statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. This product are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan utk merawat,mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan



CREDIT : SURIJUNIOR




0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Baca ni! Best!