Khasiat Omega 3 untuk Tubuh Badan

Selain untuk otak, Omega juga bagus untuk jantung. Lately kerap sangat dengar orang muda meninggal disebabkan serangan jantung. Kadang - kadang amalan cara hidup yg sihat xckup untuk kesihatan jantung. Perlu juga makanan tambahan bagi mengurangkan risiko serangan jantung. Seram juga sbb ms kat kampung dulu ade sorang pakcik yg xbaper tua meninggal sebab serangan jantung padahal itu 1st time die kene attck. Terus meninggal.. Innalillah...

Mari kenal lebih dekat lagi apa itu Omega 3 / Minyak Ikan Laut Dalam dan fungsinye terhadap tubuh. Info yang sgt bagus. credit to blog nih

OMEGA 3 merupakan sejenis asid lemak tidak tepu yang terdiri daripada gabungan DHA, EPA dan Asid Lenolenik. DHA – Docosahexaenoic Acid dan EPA- Eicosapentaenoic Acid terdapat dalam banyak sumber ikan seperti tuna, tenggiri biru, sardin, belut, cencaru, salmon dan trout. Asid Lenolenik juga terdapat dalam minyak sayuran seperti kacang soya dan bunga matahari. DHA berfungsi menguatkan ingatan dan meningkatkan keupayaan belajar seseorang . EPA menolong mencegah kanser, trombosis (pembekuan darah), menurunkan tekanan darah, mengurangkan plasma lipid dan mengelakkan penyakit jantung.
Dr Carl Lavie,ahli kardiologi New Orleans menyarankan supaya orang sihat perlu mengambil sekurang-kurangnya 500mg EPA dan DHA setiap hari untuk memastikan nutrien yang diperlukan oleh tubuh mencukupi. Bagi pengidap penyakit kardiovaskular, Dr Carl mengesyorkan untuk mengambil 800mg setiap hari bagi memenuhi keperluan nutrien tubuh.

Kulit kering dan melecet juga mungkin disebabkan oleh kekurangan omega 3 dalam badan bukan sepenuhnya disebabkan oleh cuaca. Minyak essensial yang terdapat dalam omega 3 juga boleh menjamin rambut yang cantik kerana ia membekalkan nutrien yang optimum kepada rambut. Ia juga menurunkan kadar tekanan darah.

BAGAIMANA DHA BERFUNGSI DI DALAM OTAKKebanyakan DHA yang diambil tidak disalurkan terus ke perut dan usus sebaliknya diserap terus ke dalam darah dan dihubungkan ke organ-organ seperti hati, otak dan jantung.
Sebahagian daripada EPA juga boleh ditukarkan kepada DHA dan diambil oleh otak secara pilihan. DHA dihubungkan dengan cepat oleh organ-organ yang terlibat dalam pemindahan maklumat kepada sel-sel saraf dalam otak. Bilangan sel saraf tidak akan bertambah selepas kelahiran sebaliknya akan mengalami kekurangan dengan peningkatan umur seseorang. Namun sel-sel saraf dapat memindahkan maklumat atau memori kepada sel saraf yang lain melalui bahantara (dendrit) yang mempunyai keupayaan menerima dan menyampaikan maklumat kepada sel saraf yang lain. Pertumbuhan dendrit dapat dicetuskan melalui pelbagai rangsangan dan DHA ialah komponen yang diperlukan.

BAGAIMANA EPA BERFUNGSI DI DALAM TUBUH
Omega 3 juga dapat mengawal penyakit jantung koronari dan beberapa penyakit lain seperti trombosis ialah salah satu punca penyakit jantung koronari.Kajian terhadap orang Eskimo di Greenland mendapati mereka kurang risiko untuk mendapat penyakit jantung kerana diet yang kaya dengan Omega 3. Unsur utama dalam darah orang Eskimo ialah EPA yang akan mencegah pembekuan darah. Pengambilan makanan yang kaya omega 3 akan menolong menurunkan LDL (Low Density Lipoprotin) ialitu kolesterol buruk dan meningkatkan HDL (High Density Lipoprotin) iaitu kolesterol baik. LDL menjadi punca penyakit jantung dan darah tinggi dan HDL menolong mencegah penyakit berkenaan.

FAKTA EPA DALAM OMEGA 3Ujian menunjukkan pengambilan minyak ikan 20 ml sehari untuk 7 tahun dan 10 ml untuk tahun berikutnya menyebabkan aras HDL meningkat dan LDL menurun dengan tetap.Ini menurunkan risiko penyakit jantung dan tekanan darah tinggi . Omega 3 juga menghalang berlakunya ‘arterosklerosis’ iaitu pembentukan lemak dalam pembuluh darah. Omega 3 juga berkesan untuk penyakit radang seperti radang sendi dan asma.
Kajian juga mendapati ia baik untuk mencerah penglihatan, mengawal migrain, meningkatkan kesuburan lelaki dan mencegah barah.
BOLEHKAH OMEGA-3 MEMBANTU PENGLIHATAN
Retina memerlukan DHA yang banyak, oleh itu kekurangannya bolehmenjejaskan penglihatan. lanya boleh dilihat di dalam kes disleksia -masalah pembelajaran kerana disebabkan ketidakbolehan mengenal ayat-ayat bertulis. kadangkala terdapat pertukaran visual di antara ayat-ayat dan huruf-huruf oleh pesakit. laporan oleh pengkaji british mengemukakan bahawa pesakit yg menerima 480 mg DHA menunjukkan pembaikan dalam masa sebulan (the lancet; stordy et. al, 5th aug 1995). DHA juga membantu di dalam penyakit 'retinitis pigmentosa' - penyakit keturunan pada retina. ini menyebabkan masalah penglihatan seperti buta pada malam hari, penyempitan skop penglihatan dan kehilangan penglihatan.
Di dalam sinergi herba dalam Perubatan Jawi,omega 3 softgel sangat digalakkan untuk diambil bersama herba lain untuk mengoptimumkan potensi herba yang diambil. Sebagai Herbalis rekomandasi herba ini sebagai sinergi semasa perawatan perlu dilihat sebagai penting. Produk keluaran syarikat yang bersumberkan ikan antaranya ialah king solomon,mega 3 kapsul selain daripada Omega 3 softgel sendiri.
Dapatkan Omega Guard Shaklee sekarang. 


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Baca ni! Best!