Panduan Khasiat Bijirin Penuh.



Oleh Asyikin M

Amalan pengambilan bijirin penuh memberikan kesan yang positif terhadap kesihatan manusia. Kita semamangnya banyak mengambil bijirin setiap hari, namun begitu adakah bijirin yang diambil tersebut terdiri daripada bijirin penuh? Bijirin penuh terdiri daripada komponen bran, germa, dan endosperma. Ia kaya dengan sumber protein, antioksidans, fiber, kalsium, asid lemak perlu, pelbagai vitamin, dan mineral.


" Menurut Panduan Diet Malaysia 2010, separuh daripada pengambilan bijirin penuh harian terdiri daripada bijirin penuh, iaitu 2-4 saiz sajian sehari... "


Sumber-sumber bijiran penuh.


Menurut Panduan Diet Malaysia 2010, separuh daripada pengambilan bijirin penuh harian terdiri daripada bijirin penuh, iaitu 2-4 saiz sajian sehari. Antara sumber makanan bijirin penuh adalah biskut bijirin penuh, roti bijirin penuh, barli, bertih jagung, beras perang, oat, pasta/mee bijirin penuh, bijirin sedia dimakan, muesli, dan granola bars.

Keputusan kajian epidemiologi menunjukkan bahawa individu yang mengambil bijirin penuh melebihi satu saiz sajian sehari mempunyai jisim tubuh yang lebih baik. Hal ini kerana bijirin penuh memberikan rasa kenyang yang lebih lama berbanding produk makanan yang lain.

Selain itu, penyerapan bijirin penuh dalam tubuh adalah lebih perlahan sekaligus mengurangkan kandungan gula dalam tubuh. Kajian saintifik menunjukkan bahawa kekerapan pengambilan bijirin penuh mengurangkan risiko obesiti, diabetes, penyakit jantung, kanser, strok, dan tekanan darah tinggi.


Menurut Proceeding of the Nutrition Society (2003), pengambilan bijirin penuh sekurang-kurangnya 3 kali sehari mengurangkan kadar diabetes sebanyak 21-27%.
Panduan pengambilan

Satu sajian bijirin penuh adalah bersamaan dengan 16 gram. Berikut merupakan contoh satu sajian bijirin penuh-:

Sekeping roti 100% bijirin penuh
½ cawan pasta/mee bijirin penuh
½ cawan beras perang
½ cawan oat
1 cawan bijirin sedia dimakan
3 keping biskut bijirin penuh

Para pengguna juga boleh membezakan produk bijirin penuh dengan bijirin yang terproses dengan melihat “whole grain stamp” pada label makanan. Jika isi kandungan yang pertama dalam label makanan terdiri daripada produk bijirin penuh misalnya oat, makanan tersebut boleh diklasifikasikan sebagai produk bijirin penuh kerana sebahagian besar isi kandungan produk tersebut terdiri daripada bijirin penuh.

Oleh itu, amalkan pengambilan bijirin penuh dalam diet harian kerana selain daripada membantu dalam pengawalan berat badan, ia juga kaya dengan nutrien dan boleh menghindari daripada risiko penyakit-penyakit yang berbahaya.

Credit to : blog kevin zahri

Resepi Bancuh ESP Shaklee SEDAP!

Credit to :

Resepi Bancuh ESP Shaklee SEDAP!-Vitamin dan Cikgu-



Dah try minum ESP? sedap tak? bagaimana rasa ESP ni? rasa soya lah! tapi sedap. Tapi bosan gak kalau asik bancuh ngan air kosong jer. untuk variasi dan nak lagi sedap kaw-kaw, ada resepi yang sedap untuk bancuh ESP Shaklee ni


  • ESP + Fresh Milk 
  •  ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP..bukan sahaja bertenaga..boost milk production malah energized)
  • ESP + SusuAnmum
  • ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
  • ESP + Nesvita 3in1
  • ESP + jus twister tropicana ESP
  • ESP + Ribena
  • ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
  • ESP + Milo/Horlicks
  • ESP + sirap bandung

ada yang lain? secara asasnya satu sudu besar ESP ni bancuh ngan satu mug air. suam atau sejuk. Jangan yang panas-panas sudah. Kang habis protein tu kang! Kalo cikgu suka bancuh ngan Performance Drink dan juga dengan Ribena.
dan cikgu memang suka minum sejuk. Susah nak larut? Kalau kacau ngan sudu mememng susah larut, cikgu masuh dalam shaker atau mana-mana botol tapau yang ketat penutupnya untuk di shake-shake boom boom...heheh




Performance Drink Shaklee




ESP


ESP ni bukan untuk ibu menyusu je yer... ia sesuai utk seisi keluarga..UNTUK:


1. Orang yang ingin kekal sihat..
2. Orang yang lanjut umur, yang tidak upaya kerana kekurangan tenaga.
3. Kanak-kanak bersekolah
4. Ibu-ibu mengandung dan menyusu anak
5. Pesakit yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan
6. Pesakit seperti ulcer perut, jantung, kanser, sakit kulit, rambut gugur, tidak ada selera makan, gastrik,
7. Ahli sukan dan bina badan
8. Soya Protein ini adalah untuk semua orang yang ingin membina dan mengekalkan badan yang sihat …dan yang inginkan kulit yang cantik
Jom try sekarang! sedap...

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan .


Sebab - Sebab Kenapa ESP Shaklee Sangat Best!

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Alhamdulillah .. dapat juga saya mencuri masa untuk update blog YSM malam ni. Seminggu ni memang exhausted saya.. puncanya, Icha yang selesema dan demam on off sejak malam Ahad yang lepas. So, macam terlebih manja la juga .. ditambah lagi, both IchaBella pakat-pakat taknak tidur siang .. order yang masuk mencurah-curah (alhamdulillah) .. memang menduga IMAN.


So, malam minggu ni saya share dengan pembaca blog saya mengenai best ever suplemen daripada Shaklee iaitu ESP. Jujur aku dayus .. eh silap! Jujur saya katakan saya sendiri masa first time ambik ESP 2 tahun lepas terus jatuh cinta sebab efek dan sensasi positif yang saya dapat daripada ESP ni. Masa tu, kesan pengambilan ESP yang saya nampak :
Susu jadi pekat (time awal-awal tu rajin woo buat stok EBM)
Icha menyusu kejap je.. tapi tidur lena
Berat badan Icha memang marvellous sampai jadi 'baby michelin'

Tapi, ada juga kesan-kesan yang 'menakutkan' saya contohnya Icha muak memang nampak 'pekat' muaknya .. hehe. Yelah, first time mommy kan? Tapi, dalam 'takut - takut' tu saya buat derk je sebab saya sebelum beli produk Shaklee ni saya dah study habis-habis dan dah baca almost 97% testimonial dan review yang ada kat Internet. Senang kata - 'saya tak mudah panik'


ESP adalah ringkasan kepada Energizing Soy Protein. Nak tahu apa yang BEST, yang PANAS, yang buat saya dan anda memang CONFIRM RISAU KALAU TAK MAKAN ESP .. meh baca points kat bawah ni ya!


credit to Kak Cery dan Beeha


KENAPA ESP NI BEST SANGAT!



Sbb PROTEIN ADALAH MAKANAN TERPENTING UNTUK TUBUH MANUSIA. 

Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan sel-sel. Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti membina sel-sel baru, menggantikan tisu-tisu badan yang lama/tua dengan tisu-tisu yang baru, menggantikan tisu-tisu yang rosak/cedera dengan tisu-tisu yang baru.

APA yg BEST tentang ESP ? 


Merupakan sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian. Berasakan tumbuh- tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol dan TERBUKTI SECARA KLINIKAL dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif, di samping membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormon yang sempurna. ESP juga membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah. Kandungan lemak dlm ESP sangat minum iaitu (1gm) dan tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. Dan plg penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet, mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga.

Kelebihan ESP dalam menjadikan kulit muka cantik, halus, gebu dan berseri, membantu hilangkan parut jerawat di muka, memberi tenaga berpanjangan, menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih, menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur, cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan. ESP juga menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.

Pengambilan ESP bersama suplemen-suplemen lain amat membantu dalam meng'optimum'kan kadar penyerapan nutrien suplemen-suplemen tersebut ke dalam tubuh kita .. senang kata, kesan pengambilan vitamin/mineral akan lebih efektif bersama pengambilan ESP (reason : baca point nombor satu tu semula)


So, apa kata anda? Paling mudah pun jika anda faham point terakhir tu - protein yang lengkap, yang baik akan membantu membaiki, membina sel-sel tubuh yang sihat dan cantik. Sel-sel yang sihat lebih mudah menyerap vitamin berbanding sel-sel yang kurang sihat. Sebab tu, seeloknya dalam setiap program/ pekej kesihatan yang anda ambil, disarankan mengambil ESP.

Credit :

YourSuperMom.Com: Sebab - Sebab Kenapa ESP Shaklee Sangat Best!

Lemak



Apa itu lemak ?


Lemak adalah sumber tenaga kalori yang padat.Pengambilan lemak yang berlebihan dikaitkan dengan peningkatan risiko terhadap penyakit jantung dan juga kesan kegemukan. Lemak terbahagi kepada tiga jenis iaitu lemak tepu, politaktepu atau monotaktepu. Badan kita boleh mengeluarkan kedua-dua lemak monotaktepu dan lemak tepu. Lemak politaktepu, atau asid lemak yang penting, tidak boleh dibuat di dalam badan dan mesti diambil daripada diet kita.

Lemak tepu bersifat membeku dan keras pada suhu rendah. Kebiasaanya lemak tepu didapati daripada sumber haiwan dan tumbuhan seperti santan dan lemak sayuran. Lemak tidak tepu pula bersifat lembut dan berada dalam keadaan cecair walaupun pada suhu rendah. Ia didapati daripada sumber tumbuhan.

Lemak sangat diperlukan untuk kesihatan yang baik. Lemak membantu dalam pengeluaran tenaga, pembinaan sel, pengangkutan oksigen, pembekuan darah, dan penghasilan bahan ala-hormon yang sangat aktif yang dipanggil prostaglandin. Lemak kebanyakannya disimpan dalam sel adipos (lemak) badan tetapi ia juga didapati di dalam plasma darah dan sel-sel badan yang lain. Selain itu, lemak juga dapat menjadi penebat kepada badan dan boleh ditukar kepada tenaga. Lemak digunakan untuk membina sel baru dan ia kritikal dalam pembentukan otak yang normal dan fungsi saraf. Lemak juga diperlukan untuk membawa dan menyerap vitamin yang larut lemak, seperti vitamin A, D, E dan K dan karotenoid.

Lemak adalah dua kali ganda tumpat-kalori (1 gram = 9 kalori) daripada karbohidrat atau protein (1 gram = 4 kalori). Walaupun terdapat kebaikan kesihatan yang dikaitkan dengan minyak zaitun dan kanola, namun kadar kalori mereka masih tinggi (1 sudu besar = 120 kalori). Tambahan pula, kebanyakan makanan proses dan makanan segera mempunyai kadar lemak yang tinggi, terutamanya lemak tepu. Kebiasaanya lemak monotaktepu boleh didapati dalam minyak zaitun dan kanola. Manakala lemak tepu pula banyak terdapat dalam produk haiwan seperti mentega, keju, susu sempurna, ais krim, krim dan daging berlemak dan juga sesetengah minyak sayur, kelapa, kelapa sawit dan minyak biji kelapa sawit. Lemak politaktepu pula dijumpai dalam minyak bunga kesumba, bunga matahari, jagung dan kacang soya.


LEMAK TEPU

Lemak tepu adalah lemak yang terdiri daripada trigliserida yang hanya mengandungi asid lemak tepu radikal. Terdapat beberapa jenis asid lemak tepu, yang berbeza dengan jumlah atom karbon, bermula daripada 3 karbon (asid propionat) untuk 36 (Hexatriacontanoic asid). Asid lemak tepu tidak punya ikatan berkembar antara atom karbon daripada rantaian asid lemak. Oleh sebab itu, lemak ini sepenuhnya tepu dengan atom hidrogen.

Contoh makanan yang mengandungi kadar lemak tepu yang tinggi termasuklah produk susu terutamanya krim dan keju, lemak haiwan seperti lemak babi dan lemak daging, minyak kelapa, minyak biji kapas, minyak inti sawit, coklat, dan beberapa makanan siap.

Lemak biasanya dikumpulkan dalam badan dan digunakan sebagai sumber tenaga simpanan. Lapisan lemak di bawah kulit berfungsi untuk melindungi kita daripada kesejukan. Lemak juga dapat melindung organ-organ dalam badan kita. Selain itu, lemak membekalkan vitamin seperti vitamin A, D, E, dan K yang larut dalam lemak. Walau bagaimanapun, ahli sains mendapati jika seseorang memakan makanan yang mengandungi terlalu banyak lemak tepu, kesihatannya mungkin terjejas.

Walaubagaimanapun, pengambilan lemak tepu secara berlebihan akan membawa kesan buruk terhadap tahap kesihatan kita. Sebagaimana yang kita tahu, penyakit jantung dan kanser merupakan penyakit pembunuh utama di dunia. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh ahli sains, penyakit jantung adalah disebabkab kehadiran kolesterol dalam darah.

Kolesterol yang termendak dalam dinding arteri boleh menyekat pengaliran darah. Ini menyebabkan tekanan darah bertambah tinggi. Tekanan darah yang tinggi boleh menyebabkan penyakit jantung dan strok. Lemak tepu dapat menambahkan aras kolesterol dalam darah. Oleh itu, pengambilan makanan yang mengandungi lemak tak tepu lebih digalakkan.

LEMAK TRANS

Lemak trans pada asasnya adalah lemak sayur poli tak tepu yang telah diubah secara kimia melalui proses yang dikenali sebagai penghidrogenan. Ini adalah merupakan proses bahan kimia kasar yang menukarkan minyak sayur menjadi lemak pepejal atau separa pepejal (iaitu lemak yang lebih keras) pada suhu bilik, yang membolehkan minyak itu tetap segar bagi tempoh masa yang dilanjutkan.

Lemak berhidrogen kurang berkemungkinan untuk rosak. Oleh itu, produk yang diperbuat daripada lemak ini tahan lebih lama berbanding jika diperbuat daripada minyak cecair, ciri-ciri ini mempunyai kebaikan dalam pengeluaran makanan yang diproses.Lemak trans juga lebih digemari kerana apabila digunakan dalam makanan seperti biskut, ia menjadikan produk makanan segar lebih lama. Namun begitu, bagi pengguna lemak sintetik atau palsu ini mempunyai keburukan dari segi pemakanan.
 
Lemak trans memburukkan sistem kardiovaskular seseorang berbanding lemak tepu. Lemak tepu meningkatkan paras kolesterol LDL (lipoprotein ketumpatan rendah) ‘buruk’, tanpa menjejaskan kolesterol ‘baik’ (lipoprotein ketumpatan tinggi - HDL). Lemak trans meningkatkan LDL seperti lemak tepu tetapi tidak seperti lemak tepu, ia mengurangkan HDL secara serentak. Ini menjadikan nisbah kolesterol seseorang tidak seimbang secara berbahaya, yang boleh menyebabkan seseorang mengalami risiko penyakit yang mengancam nyawa seperti penyakit jantung dan angin ahmar (strok).


Sumber : Diperoleh daripada kerja kursus pelajar UPSI, kursus Pendidikan Kemahiran Hidup


credit : ilanmie


10 Kebaikan Kesihatan Bila Berpuasa


credit to : My brother.. hehehe

Kita sering dengar bahawa amalan puasa mempunyai baik untuk kesihatan dan mempunyai pelbagai hikmah. Tapi apakah kelebihannya? Terutama dari segi kesihatan, kawalan berat badan dan mungkin juga peranan puasa untuk mengawal beberapa penyakit?

10 Kebaikan Kesihatan Bila Berpuasa


Berikut adalah antara 10 kebaikan atau manfaat kesihatan bagi mereka yang berpuasa.
 
  1. Kurang berat: Saya rasa keb anyakkan di kalangan anda akan kurangkan berat badan dalam bulan ramadhan? Kenapa? Kerana susah untuk memenuhi keperluan kalori seharian dengan tiga hidangan (berbuka, makan malam dan sahur).
  2. Kawalan diri: Puasa mengajar kita untuk mengawal pelbagai godaan kehidupan termasuk nafsu makan, merokok dan lain-lain. Dalam usaha anda untuk kawal berat badan, kawalan nafsu makan memang mustahak.
  3. Kurangkan gula darah. Ini kerana pengambilan gula (glukos) yang tersekat dari sahur hinggalah berbuka (lebih kurang 14 jam), ini menstabilkan bukan sahaja glukos darah tapi juga tingkatkan kepekaan (sensitivity) insulin.
  4. Kolesterol Bantu dalam kurangkan kolesterol LDL (low density lipo-protein) dengan meningkatkan kolesterol HDL (high density lipo-protein) dan juga dengan kurangnya berat badan sepanjang bulan puasa.
  5. Kurangkan tekanan darah. Puasa memang sesuai untuk kurangkan hypertension (tekanan darah tinggi). Pengurangan tekanan darah adalah hasil gabungan 1) tahap insulin yang lebih rendah 2) glukos darah yang lebih konsisten dan kekurangan water retention.
  6. Ubah gaya hidup. Tanpa kewajipan berpuasa, saya rasa memang sukar untuk kita mengubah tabiat-tabiat buruk. Puasa sebulan memberikan peluang keemasan untuk membuang tabiat-tabiat yang kurang elok seperti merokok, makan berlebihan dan lain-lain.                                                  
  7. Rehat. Ini penting. Lantas kehidupan dunia ini makin pantas dan jarang memberi ruang untuk kita rehatkan badan. Puasa bukan sahaja rehatkan sistem penghadaman tapi juga dapat rehatkan minda dan badan. Saya sendiri gunakan bulan puasa untuk berehat daripada aktitivi fizikal/senamam supaya beri peluang kepada badan untuk membaiki segala kecederaan ringan sepanjang tahun.
  8. Bantu buang ketagihan. Ingin buang tabiat merokok, minum kopi berlebihan dan lain-lain? Jangan sia-siakan peluang berbuasa sebulan untuk mengambil langkah pertama.                                             
  9. Kawal stres. Ketenangan dan pengubahsuaian fokus utama kehidupan daripada duniawi kepada akhirat bantu kurangkan stres! Ibadat puasa, tilawah, berzikir yang dilebihan pada bulan puasa dapat mengalih fokus dan kurangkan stres dan sememangnya menyenangkan disamping dapat pahala, insyallah.
  10. Lain-lain. Selain kelebihan di atas, berpuasa sepanjang bulan ramadhan atau puasa sunat mempunyai pelbagai kelebihan lain untuk diri, kesatuan keluarga, mengeratkan silaturrahim dan lain-lain lagi.

Selamat menunaikan ibadat puasa semua.

Kelebihan Set D : Set Skincare Shaklee


 Set D : Set Skincare Shaklee terdiri daripada B Complex , Vitamin C, Vitamin E dan Energizing Soy Protein (ESP)

B Complex :
B Complex ( B for Beauty) menjaga kesihatan kulit daripada dalam. Ia membantu mengurangkan garis-garis halus di kulit. Vitamin B Complex juga penting untuk melanin yang memberi warna pada kulit. Lebih kerap anda berada di bawah matahari, lebih banyak B Complex diperlukan. Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, sebagai anti-stress (bertindak sebagai penenang – stress merupakan antara penyebab kulit cepat berkedut dan nampak cepat tua), mengelakkan kulit kusam.

Vitamin C:
Kulit memerlukan Vitamin C untuk membentuk kolagen. Kolagen ibarat simen yang mengikat batu-bata (protein), supaya kulit sentiasa kenyal. Kekurangan kolagen membuatkan tubuh anda mudah lebam dan calar, kering dan bersisik. Vitamin ini juga merupakan vitamin antioksida yang menghalang serangan radikal bebas terhadap serat kulit iaitu kologen dan elastin. Dalam kata lainnya, vitamin C sangat perlu untuk penghasilan kologen dan juga memastikan kologen yang dihasilkan selamat daripada serangan radikal bebas. Kolagen yang cukup daripada Vitamin C yang baik membuatkan kulit anda kelihatan bersinar, gebu dan anjal.

Vitamin E:
Melambatkan proses penuaan. Membantu mendapatkan tekstur kulit yang cantik, lebih muda.sangat membantu untuk menghilangkan parut. Vitamin antioksida ini berupaya untuk mencegah atau memperlambat kerosakan  sel akibat serangan radikal bebas. Jika sel rosak, ia akan menyebabkan tanda-tanda penuaan, seperti kedutan dan kulit kering. Ia juga membantu dalam aspek kesuburan, membantu mempercepat proses baik luka, membantu pengaliran darah dengan lebih lancar, membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.Ia juga membantu mengurangkan kolesterol dalam darah. Vitamin E seringkali dicadangkan untuk pelbagai masalah degeneratif seperti penyakit kardiovaskular, kanser dan katarak.
Bezanya Vitamin E Shaklee dengan vitamin E yang berada di pasaran ialah Vitamin E Shaklee turut mempunyai Selenium yang melengkapkan lagi fungsi Shaklee.Selenium merupakan mineral yang membantu melindungi sel-sel kulit dari radikal bebas. Selain itu, mineral ini juga berfungsi mencegah kanser.

ESP (Energizing Soy Protein)
Protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Badan kita perlukan protin utk tumbesaran yg sihat. Protein sangat membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan serta membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.
Stuktur asas badan manusia adalah sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Dan yg penting, protin merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein (yang berkualiti), sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel2 lama. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut.
Dengan protein yang mencukupi, sel badan akan sihat dan membantu penyerapan vitamin lain yang diambil dengan lebih cepat. Hasilnya kulit akan kelihatan lebih licin, anjal, gebu dan berseri. Isoflavon perangsang KOLEGEN yang mana ia berfungsi untuk menganjalkan kulit, memperlahankan kedutan dan menganjalkan payudara. ESP juga memberi rasa kenyang lebih lama dan ia merupakan bonus bagi anda yang ingin mengurangkan berat badan. Ianya juga mengawal paras kolestrol, menyokong kesihatan jantung serta prostat.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Baca ni! Best!