Showing posts with label penyakit hati. Show all posts
Showing posts with label penyakit hati. Show all posts

Anda Penelan Tegar Panadol? Entry ini khas untuk anda

Teks : Najihah Sudi

Terkejut beruk masa blogwalking tadi terbaca satu statement yang mengambilan panadol secara berlebihan boleh sebabkan kerosakan hati. Bila hati dah rosak maka timbullah penyakit – penyakit hati seperti keradangan, cirrhosis, hepatitis dan lain – lain

Sakit Kepala = Barah Otak?

Teringat la plak zaman – zaman belajar dulu. Masa saya tingkatan 5 selalu sangat sakit kepala. Mase zaman suci murni dulu, agaknya terlalu terpengaruh dengan drama – drama melayu, asal sakit kepala jer terus fikir “alamak, aku kene barah otak ke? Aku dah nak mati. Ala sedihnya.. tak sempat aku nak kawen.. oh tidakkk..” tragis sungguh pemikiran saya masa tu. Drama melayu pun satu hal jugak. Kalau sakit kepala jer mesti kata barah otak, asal muntah - muntah je rupenya kene barah otak... dah macam takde penyakit lain dalam dunia ni. Begitu besar pengaruh drama melayu pada diri saya sampai terfikir saya dah kene barah otak masa tu..pastu melaratlah mengelamun.. admitted kat hospital.. rambut gugur sampai botak.. pastu kawan – kawan datang melawat.. cikgu datang bawak buku nota.. (walaupun sakit, iolls tetap ada kesedaran kepentingan ilmu tauuuu..hahha) haiii la.. sungguh tak matang saya masa tu walaupun dah tingkatan 5 kotttt..

My BFF (Best Fren Foreberrr)

Jadi bila dah kerap sangat sakit kepala tu,panadol pun jadi sahabat baik. Sekali telan, hamekkk.. sampai 2- 4 biji..(tapi tetap tak boleh lawan kehebatan abang saya yang bila migraine terus telan panadol 1 papan!! Tau sepapan ade berapa biji?? 8 biji kauuu!! Giler ar..) Hal ni memang berlarutan sampai saya kerja.. bayangkan.. bertahun – tahun saya ber’bff’ dengan panadol. Sungguh masa tu takde kesedaran langsung pasal keburukan pengambilan panadol secara kerap dan berlebihan. Mase tu hanya fikir nak sihat pastu nak pergi kerja. Sihat lah sangattt…


Mengikut daripada website ni,

“pengambilan ubat-ubatan boleh merosakkan sel hati sama ada sementara atau kekal. Sesetengah ubat yang terlebih dos boleh menyebabkan kecederaan hati dan seterusnya merosakkan sel hati”


Saya masa baca ayat ni ok lagi. Yelah, setakat ni Alhamdulillah takde lagi sakit – sakit kronik. Setakat deman,  selsema tu adalah sesekali kene. Yang buat saya terkejut ala – ala beruk tu bila panadol yang saya sangkakan ‘ubat paling selamat’ pun turut memberi kesan kepada hati. Selain panadol, ade lagi ubat lain. Meh sini Iolls nak tunjuk

a. Pengambilan berlebihan acetaminophen (seperti Tylenol, Panadol) boleh menyebabkan kegagalan hati berfungsi.
b. Ubatan statin yang berlebihan bagi mengawal kolesterol dalam darah juga boleh menyebabkan keradangan hati. Tahap keradangan sel hati ini boleh diketahui dengan melakukan ujian kandungan enzim hati dalam darah.
c. Antibiotik (seperti Nitrofurantoin, amoxicillin, clavulanic acid, tetracycline) juga boleh menyebabkan keradangan sel hati.
d. Sesetengah ubat-ubatan tradisional dengan jumlah vitamin yang berlebihan (terutamanya vitamin A) juga boleh menyebabkan hepatitis, cirrhosis dan kegagalan hati berfungsi.
* Yang e ni bukan ubat tapi saya nk tunjuk jugak
e. Kebanyakan cendawan/kulat adalah toksik kepada hati. Oleh itu, berhati-hatilah makan cendawan yang dipungut liar yang jarang ditemui kerana ia boleh membawa mudharat atau maut.

Jadi anda kat luar tu, bila dah baca pasal ni, sedarlah yang ubat kita ambil pun sebenarnya ada kesan buruk pada kita. Sedihnya.. biase ambil kita mesti nk sihat, ye tak? Tapi sebaliknya plak yang jadi.

Habes tu, ape nak buat untuk mangsa macam saya ni? (mangsalah sangatt.. sape suruh ko telan panadol sampai 4 biji??) yela.. dah telan beratus biji panadol mesti ada kesan sama pada hati saya , betul tak?

DTX Complex

Shaklee ada menawarkan 1 makanan tambahan hebat untuk kesihatan hati. Dengan gabungan ekstrak biji benis pokok susu tisel, Articok, Dandelion, Kunyit, Reishi Mushroom dan Schizandra ia mampu memberi kesihatan yang baik untuk hati kita.

Bagaimana DTX Complex berfungsi?

1. Melindungi hati daripada toksin termasuklah dadah, racun dan bahan kimia
2. Merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis
3. Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat pengmbilan alcohol berlebihan
4. Membantu mencegah masalah batu karang
5. Membantu masalah kulit seperti psiorisis dan eczema
6. Membina semula sel – sel hati
7. Meransang pengaliran hempedu
8. Membantu ketika berlaku kebengkakan hati (hepatitis) dan jaundice
9. Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi – melawan anemia
10. Melawan tumor dan kanser
11. Merendahkan paras gula dalam darah
12. Membina imun – membantu dalam mencegah atau merawat kanser
13. Meransang sintesis protein
14. Meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi
15. Memperlahankan pembentukan toksin

Bila baca pasal DTX Complex ni rasa lega sangat. Penyelamat gitu.. so, anda kat luar tu jangan bertangguh untuk dapatkan hati yang sihat. Jangan sampai dah terkene penyakit hati baru kita nak bertindak. Tambahan pula dengan kepesatan kenaikan toksin dalam dunia ni menyebabkan potensi kita untuk mendapat penyakit hati seperti keradangan, sirosis, hepatitis, hati berlemak dan juga kanser hati adalah sangat cepat. Dan ia juga tak kenal siapa dan tak kira umur.

DTX Complex : RM 155 (termasuk sabah Sarawak) dan mengandungi 90 biji.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya

Najihah

017-5012307

(SMS / WhatsApp / We Chat/ Call)

Lagi Kisah Hati Berlemak

FAKTA: Gejala hati berlemak

Kebanyakan pesakit hati berlemak tidak mengadu mereka menghadapi masalah ini. Namun, kajian menunjukkan 50 peratus daripada golongan ini mengadu:

Letih

Sakit atau tidak selesa pada bahagian atas abdomen.

Sekiranya keadaan hati berlarutan daripada steatohepatitis kepada fibrosis dan sirosis, pesakit akan mengalami masalah:

· Busung
· Pembekakan hati
· Demam
· Jaundis

Untuk mengetahui sama ada seseorang itu menghadapi masalah hati berlemak, pesakit perlu menjalani:

Pemeriksaan imbasan ultra atau imbasan CT. Bagi melihat lebih jelas perubahan pada hati akibat pengumpulan lemak, sedikit cebisan hati akan diambil melalui kaedah biopsi hati.

Ujian darah juga perlu dilakukan bagi mengetahui paras kolestrol, trigliserid dan fungsi hati serta untuk mengetahui lain-lain punca radang hati.

Rawatan

Meskipun hati berlemak bukan sejenis penyakit, tetapi keadaan ini perlu dirawat.

Rawatan ini bergantung kepada puncanya. Sebagai contoh, sekiranya pesakit seorang individu yang banyak mengambil minuman keras, dia perlu mengurangkan pengambilan berkenaan.

Jika pesakit adalah seseorang individu yang obes, dia perlu mengawal pemakan dan berat badannya.

Individu berisiko menghidap hati berlemak

· Mereka yang banyak minum minuman keras.
· Kekurangan pengambilan makanan berzat yang seimbang.
· Obesiti.
· Pesakit diabetes.
· Sindrom Reye di kalangan kanak-kanak.
· Kehamilan.
· Ubat-ubatan yang diambil secara berlebihan.

Tip merendahkan risiko hati berlemak

· Jangan minum minuman keras. Minuman keras boleh menurunkan kadar metabolisme dan pengumuhan lemak.

· Amalan pemakanan yang seimbang. Obesiti adalah punca paling kerap hati berlemak. Golongan ini biasanya mengalami masalah kesihatan seperti tekanan darah yang tinggi, angin ahmar, kencing manis dan sakit jantung.

· Mereka yang menahan lapar, kekurangan protein yang menyebabkan mereka kekurangan zat pemakanan diperlukan tubuh boleh menyebabkan hati berlemak.

· Melakukan senaman dan mengawal pengambilan makanan berlemak.

Bahaya Hati Berlemak

TAHUKAH anda selain masalah jantung mengandungi lemak yang boleh menyebabkan tubuh terdedah kepada pelbagai penyakit, ada organ lain yang tidak terkecuali berdepan masalah yang sama? Organ terbesar dalam tubuh yang mempunyai pelbagai fungsi penting yang dimaksudkan ialah hati.

Hati berlemak atau steatosis adalah satu keadaan yang mana ada lemak berlebihan pada hati. Di Amerika Syarikat, dianggarkan 25 peratus penduduknya menghadapi masalah ini dan ia lebih kerap ditemui di kalangan wanita.

Pakar Perunding Gastroenterologi, Jabatan Gastroenterologi, Hospital Kuala Terengganu (HKT), Dr Ahmad Shukri Mohd Salleh berkata, meskipun hati berlemak bukanlah sejenis penyakit, ia adalah petanda bahawa seseorang menghadapi masalah kesihatan.

Beliau berkata, keadaan ini sekiranya dibiarkan tanpa rawatan boleh menyebabkan penghidap menghadapi komplikasi.

"Hati berlemak yang tidak dirawat boleh mendedahkan individu terbabit menghadapi masalah hati atau penyakit lain yang lebih serius," katanya.

Hati adalah organ yang berfungsi untuk menukar lemak yang dimakan kepada jenis lemak yang digunakan oleh tubuh. Trigliserid pula antara bentuk lemak yang disimpan dalam tubuh dan digunakan untuk tenaga serta pembentukan sel baru.

Bagaimanapun, pemecahan lemak ini boleh terganggu oleh minuman keras, kekurangan zat makanan, kehamilan atau keracunan. Dalam kes hati berlemak, jumlah lemak yang kebanyakannya terdiri daripada trigliserid ada dalam sel hati.

Dr Shukri berkata, hati berlemak tidak menyebabkan penghidapnya berasa sakit dan keadaan yang tidak disedari ini berlarutan dalam jangka masa panjang.

Hati berlemak boleh menyebabkan radang pada sel hati yang dikenali sebagai steatohepatitis. Ia kerap dikaitkan dengan pengambilan minuman keras. Pengambilan minuman keras sebanyak 10 auns seminggu sudah memadai untuk mendedahkan seseorang itu mengalami masalah hati berlemak.

Namun keadaan yang sama boleh boleh berlaku tanpa mengaitkannya dengan minuman keras. Keadaan ini dikenali sebagai non-alcoholic steatohepatitis (NASH). Dianggarkan 15 hingga 50 peratus pesakit NASH boleh menghidap fibrosis atau sirosis hati dalam jangka masa yang lama.

Di Amerika Syarikat, sebahagian besar masalah hati berlemak berpunca daripada tabiat meminum minuman keras. Lemak masuk ke dalam hati melalui usus dan tisu. Dalam keadaan normal, lemak daripada makanan diproses oleh hati dan tisu lain.

Jika lemak yang diproses ini berlebihan daripada apa yang diperlukan dalam tubuh, ia akan disimpan. Di kalangan individu yang obes, lemak akan lebih banyak terbentuk dalam sel hati.

Beliau berkata, dalam kes yang serius saiz hati meningkat tiga kali ganda daripada saiz normal.

"Hati berlemak adalah satu keadaan yang mana berlakunya kadar penyerapan lemak yang begitu tinggi dalam hati. Ini disebabkan oleh tabiat pengambilan minuman keras secara berlebihan, penyakit kencing manis atau pertambahan berat badan," katanya.

Selain itu, penyakit seperti batuk kering, diet yang tidak seimbang, pembedahan pintasan usus kecil untuk obesiti dan sesetengah ubat seperti kortikosteroid menjadi punca berlakunya hati berlemak.

Beliau berkata, sukar untuk dijelaskan bagaimana penyerapan lemak pada hati berlaku. "Pesakit yang mempunyai hati berlemak biasanya menunjukkan pertambahan lemak yang mengakibatkan berat hati meningkat sebanyak lima peratus. Pemindahan lemak daripada bahagian tubuh lain atau peningkatan ekstrak lemak dalam hati akan melalui usus.

"Kadar kemampuan hati untuk memecah dan mengumuh lemak ialah punca kemungkinan berlakunya pengumpulan lemak dalam hati," katanya.

Berbeza dengan jantung, mengambil makanan yang berlemak tidak mempunyai kesan secara langsung terhadap pengumpulan lemak pada hati.
Malah, ada pesakit yang mempunyai paras lemak yang normal dalam darah.

Beberapa kajian mendapati hati berlemak adalah antara sebab yang menurunkan enzim hati yang dikenal pasti pada ujian darah secara rutin.

Enzim ini dikeluarkan oleh sel hati apabila berlaku radang pada sel berkenaan.

Bagi membantu menurunkan sekaligus membuang lemak yang berlebihan dalam hati, supplement yang sesuai di ambil ialah :

1. Lecithin


Ia berfungsi untuk mengemulsi lemak - lemak yang tidak diperlukan oleh badan termasuk juga hati. Lecithin akan melindungi hati dengan menghalang enapan lemak dihati, sirosis hatidan hati berlemak. Selain itu juga, lecithin juga membantu kesihatan hati
Harga Runcit : RM52.00 (Semenanjung) / RM55.00 (Sabah & Sarawak)
Kuantiti : 180 biji


2. Omega Guard


Omega Guard mencegah penyakit saluran darah yang boleh diakibatkan oleh hati yang berlemak. Fungsinya yang mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL sangat penting bagi mengelakkan pengenapan lemak di dalam hati

Harga Runcit : RM136.00 (Semenanjung) / RM140.00 (Sabah & Sarawak)
Kuantiti : 90 biji


3. Alfalfa Complex



Alfalfa berfungsi untuk mencuci hati, darah dan usus. Ia adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot. Alfalfa boleh diumpamakan sebagai span yang menyerap toksin dan lemak yang berlebihan dan akan membuangnya melalui najis.

Harga Runcit : RM53.00 (Semenanjung) / RM56.00 (Sabah & Sarawak)
Kuantiti : 330 biji
Harga Runcit : RM97.00 (Semenanjung) / RM102.00 (Sabah & Sarawak)
Kuantiti : 700 biji

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Call / Sms / Whatsapp / Viber
FB : najihah sudi

PERHATIAN : Konsultasi selepas pembelian produk adalah khas untuk PELANGGAN SAYA sahaja. Sila rujuk pengedar anda untuk sebarang masalah yang timbul, cara pemakanan suplemen yang lebih terperinci, tips - tips dan sebarang konsultasi selepas pembelian. Terima kasih.. :-)

Penyakit Hati & Fungsinya

Penyakit hati adalah sesuatu istilah untuk sekumpulan penyakit-penyakit dan infeksi-infeksi yang mempengaruhi sel-sel, jaringan-jaringan, struktur dan fungsi dari hati.

FUNGSI HATI

Hati adalah suatu organ penting terletak di bahagian kanan atas abdomen. Ia berfungsi sebagai:

1. Menyaring dan membersihkan darah.
2. Menghasilkan enzime hempedu, suatu zat yang membantu pencernaan lemak.
3. Memproses dan mengikat lemak pada pengangkutnya (protein) termasuk kolesterol. Gabungan lemak dan protein disebut lipoprotein (Chylomicron, VLDL, LDL, HDL), menyimpan gula dan membantu tubuh untuk mengangkut dan mengalirkan energi.
4. Memproses protein-protein penting, seperti kebanyakan yang terlibat pada pembekuan darah.
5. Memetabolisme pelbagai ubat-ubatan seperti barbiturates, sedatives, and amphetamines
6. Menyimpan zat besi, vitamin A dan D serta beberapa dari vitamin B.
7. Memproses protein-protein penting seperti albumin yang mengatur pengakutan cairan di dalam darah dan ginjal.
8. Membantu menguraikan sel-sel darah merah.

Jika hati menjadi menjadi bengkak atau dijangkiti kuman, maka kemampuannya untuk melaksanakan fungsi-fungsi ini akan menjadi lemah.

Penyakit hati dan pelbagai jangkitan kuman adalah disebabkan oleh suatu keadaan yang di jangkiti virus, serangan bakteri dan perubahan kimia atau fizikal di dalam tubuh.

Penyebab yang paling biasa dari kerosakan hati adalah kerana kekurangan gizi (malnutrition) terutamanya terjadi kerana ketagihan rokok dan alcohol.

Gejala-gejala penyakit hati mungkin akut, terjadi tiba-tiba, atau kronik berkembang perlahan melalui suatu jangka masa yang lama. Penyakit hati kronik adalah jauh lebih umum daripada yang akut. Peratus penyakit hati kronik dari lelaki adalah dua kali lebih tinggi dari wanita. Penyakit hati juga dapat menjangkau dari penyakit yang ringan sehingga penyakit berat seperti kanser hati. 
Untuk masalah berkaitan hati ini, supplement Shaklee yang sesuai ialah :
1. DTX Complex


DTX Complex yang fungsi amnya ialah menyokong keupayaan badan menghasilkan protein bagi membantu menjana semula sel - sel hati.
DTX Complex mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin. ia turut mengandungi bahan - bahan yang digabungkan secara unik & saintifik. Ekstrak daripada  Schizandra dan cendawan Reishi (herba yang kaya antioksida) dan ekstrak daripada dandelion, kunyit, dan articok (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu)
2. Nutriferon


Manfaat utama Nutriferon ialah mengukuhkan sistem imun dalam masa yang singkat! Ianya adalah satu - satunya interferon semulajadi di dunia. 
Nutriferon mampu mengurangkan infeksi oleh pesakit - pesakit Hepatitis B & C. Ia juga mampu meminimumkan ketidakselesaan seperti kembung perut, rasa mual , muntah dan lain - lain kepada pesakit hepatitis B & C
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Harga Runcit DTX Complex : RM155.00 (Semenanjung) / RM160.00 (Sabah & Sarawak)
Kuantiti : 90 biji
 
Harga Runcit Nutriferon : RM181.00 (Semenanjung) / RM191.00 (Sabah & Sarawak)
Kuantiti : 30 peket
 
JIHA 0175012307
Call / Sms / Whatsapp / Viber
FB : najihah sudi
 
PERHATIAN : Konsultasi selepas pembelian produk adalah khas untuk PELANGGAN SAYA sahaja. Sila rujuk pengedar anda untuk sebarang masalah yang timbul, cara pemakanan suplemen yang lebih terperinci, tips - tips dan sebarang konsultasi selepas pembelian. Terima kasih.. :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Baca ni! Best!