Showing posts with label Alfalfa. Show all posts
Showing posts with label Alfalfa. Show all posts

7 rawatan resdung yang dikatakan antara yang mujarab!

Saya bukan pengidap resdung tapi saya mempunyai raaaaamai rakan yang menghidap resdung. Bila dah berkawan ni, macam - macamlah rawatan yang saya tau.. Banyak rupanya cara merawat resdung ye..

1. Lilin resdung

Ni saya rasa paaaling biasa.. Masa saya belajar di utm dulu, ramai betul kawan - kawan yang buat rawatan ni. Ade juga student buat part time. Buat servis rawatan resdung guna lilin ni. Asap tu akan dihala kat muka. Saya tak tau la sakit ke tak rawatan ni tapi rata - rata yahg saya tengok mesti matanya berair2.. Pedih gamaknya..

2. Berbekam

Bekam adalah salah 1 kaedah nabi menjaga kesihatan. Kira rawatan ni paling lama dalam dunia. Berbekam ni membolehkan darah - darah kotor dikeluarkan dari darah. Dari pembacaan saya, sebelum berbekam kulit akan ditoreh sedikit supaya darah kotor dapat dikeluarkan. Hmm.. Dengar toreh tu pun saya dah takut.. Huhu..

3. Guna Lintah

Kalau saya penghidap resdung, rasenya inilah rawatan yang saya paaaling elak. Membayangkang binatang berjalan - jalan kat atas muka, ya Allah.. Maaf, saya memang penggeli. Ada rakan yang pernah mencuba kaedah ni. Katanya, sellepas lintah tu gemok, ia akan dibunuh. Agak mengambil masa kaedah ni sebab nak tunggu lintah tu gemok boleh tahan lama juga..

4. Pil - pil herba


Pil - pil herba ni kesannya biase ambil masa.. Setakat yang saya tahu lah.. Sebab rakan - rakan yang ambil pil herba ni bagitahu kesan positif yg dapat kita rasa adalah selepas 3 minggu biasanya. Mb tengok badan juga, ade cepat ade yang lambat. Pil herba ni fokusnya adalah untuk membunuh kuman - kuman yang hidup di dalam rongga hidung dan muka (tempat pembiakan ulat - ulat resdung)

5. Sabun muka resdung

Sabun muka ni yang saya tahu guna setiap kali kita cuci muka. Tapi xtaulah kot la sabun ni ade untuk kulit kering, kulit berminyak ke.. Sabun muka ni biasanya dari unsur - unsur herba juga.

6. Bedak resdung

Bedak resdung biasanya di pakai time sebelum tidur. Bedak tu akan bertindak pada waktu malam ketika kita tidur. So bangun pagi dikatakan kuranglah bersin, selsema dan sebagainya. 

7. Rawatan Gurah

Maaf, saya terpaksa tutup dengan monyet, panda dan sebagainya sebab hadooiiii.. Memang tak boleh nak tengok lendir - lendir tu.. Rase kembanggg tekak.. Rawatan ni kalau dari pembacaan saya, ia adalah satu kaedah rawatan resdung sunnah nabi yang menggunakan kaedah tarik lendiran kotor dari rongga hidung dan kerongkong. Hasilnya masalah resdung bersin pagi,gatal muka,migrain,asma dan juga berkahak selesai setelah menjalani rawatan gurah ini.

Bersyukurnya saya kerana bukan penghidap resdung. Tak tau lah ye.. Mb saya ade resdung tapi tak kuat kot.. Tambah saya memang konsisten telan Vitamin C Shaklee setiap hari. Maybe sebab tu resdung saya terkawal? Hmmm.....

Diet dengan Shaklee, berat hilang sebanyak 30kg!!

30kg banyak oii.. Dah macam 2 kampit boreh. Tapi itu beras.. Yang ni berat badan!! Memang thorrrrbaik sangat!

Tahniah pada tuanpunya badan.. Xsampai setahun boleh buang 30kg. Apelah sangat setahun tu kan.. Rasanya mase naik berat sampai 30kg tu ambil masa bertahun. So dapat buang 30kg kurang setahun memang ohsem sangat!

Meh nk tunjuk pic testimoni akk ni.

 
Haaaa. Jauh beza kan.. Dah mcm 1/3 je tinggal. Lagi 2/3 badan xde dah. Apa yang dia amalkan sepanjang proses menurunkan berat badan ni? 

1. CINCH SHAKE
2. HERBLAX
3. LECITHIN
4. ALFALFA

& of course dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan cergas. Suke la tengok org yang berjaya turunkan berat berpuluh kilo ni. Mesti dia punyai push factor yang kuat. 

Bila gemuk ni bukan setakat payah nk bergerak, payah nak pilih baju bagai tapi ia membuka ruang kepada penyakit-penyakit kronik datang menyinggah ke badan. Selain itu juga, bila gemok kita boleh hilang keyakinan. Tak yakin nak berhadapan dengan orang, tak yakin nak buat something yang expose kat orang luar dan paling dasyat bila kita tak yakin dengan diri kita sendiri. Kehebatan tu ada dlm badan tapi kerana gemuk, habis hilang semua rasa yakin tuh.

Banyak lagi masalah yang berkaitan dengan kegemukan ni. So uoll yang tengah membaca ni, jom kita sama2 amalkan gaya hidup yang sihat dan berkualiti. Elakkan kegemukan untuk keselasaan dan kesihatan kita juga. 

Love,
Najihah Sudi

Servis vs repair… Detox vs Operate…




Apa agaknya kaitan antara 2 ni?

Jawapannya ialah KOS.

KOS SERVIS adalah murah berbanding KOS REPAIR..
KOS DETOX adalah jauhhhhh lebih murah daripada KOS OPERATION (jika kita disahkan mengidap sakit kronik seperti kanser, jantung dan sebagainya)

Apa yang saya nak tekankan ialah, wajib untuk kita menjaga diri kita dari terkena penyakit – penyakit yang  kronik. Ramai orang tidak sedar kepentingan untuk DETOX (buang toksin daripada badan) sedangkan DETOX ialah rutin manusia paling wajib untuk diamalkan. Bila terlalu banyak toksin dalam badan, bukan setakat jerawat je kerap - kerap keluar, tapi badan pun cepat letih, masalah penghadaman, kegemukan dan kita nampak lebih tua daripada umur yang sebenar. Yang lebih menakutkan,ia mampu mengundang pelbagai penyakit kronik.

Jika kita menjaga badan kita daripada awal, kita sebenarnya dalam usaha untuk mengelakkan daripada mengeluarkan KOS yang lebih besar bagi ‘memperbaiki’  badan kita yang telah rosak

Ok, secara ringkasnya DETOX ni boleh dibuat melalui pelbagai cara iaitu :

1. Puasa
2. Berpeluh
3. Berbekam
4. Penyahtinjaan

Shaklee menawarkan beberapa produk yang membantu proses detox berjalan dengan lancar, mudah dan selamat.

1. ALFALFA :  DETOX seluruh badan. Saya suka menganggap Alfalfa ni sebagai lori sampah yang akan mengutip segala toksin dari setiap ceruk dalam badan. Alfalfa mampu menurunkan paras keasidan dalam tubuh, menyerap segala lemak dan kolestrol serta toksin yang tidak diperlukan, membantu system penghadaman dan banyak lagi kelebihan yang lain

2. HERB LAX : DETOX usus / kolon. Ramai orang tahu usus / kolon yang kotor ialah punca kepada pelbagai penyakit. Jadi Herb Lax sangat membantu membersihkan dan membuang  mendapan atau juga dikenali sebagai PLAK MUKOID yang terdapat di dalam usus. Selain itu, Herb Lax membantu mengurangkan perut buncit, membetulkan system penghadaman, menyelesaikan masalah sembelit dan tidak lawas.

3. GARLIC : DETOX  darah. Dengan pemakanan kita sekarang, detox darah adalah sangat penting supaya logam – logam berat dapat dikeluarkan kerana garlic mempunyai bahan penting yang membolehkan logam keluar. Garlic juga membantu memperbaiki system penghadaman kita dan juga meningkatkan system imunisasi dalam badan

4. DTX : DETOX hati. Hati merupakan organ manusia yang paling banyak melakukan kerja – kerja detox. Segala apa yang masuk dalam badan kita akan dineutralkan oleh hati. Oleh itu, penjgaan hati adalah sangat – sangat penting. DTX membantu  mengekalkan aliran hempedu, membina semula sel-sel hati, meningkatkan penghasilan enzim untuk proses detox hati, melindungi hati dari toksin dan merawat masalah hati.

Badan manusia melakukan detox pada bila – bila masa sahaja tetapi kebanyakan waktu detox adalah ketika waktu malam ketika tidur. Jadi kepada anda yang suka berjaga malam, anda sebenarnya telah mengganggu proses detox terutamanya detox oleh hati. Maka pengambilan supplement adalahsangat – sangat penting.

Jadi hargailah badan anda.. lakukan sekerap yang boleh proses detox supaya badan kita dapat digunakan untuk jangkamasa yang panjang..


Najihah Sudi
017 – 5012307
FB : Najihah Sudi


Resepi bancuhan Cinch Shake yang lazat serta mengenyangkan!

Ape yang ada dalam ni? 

1.5 scoop CINCH CHOC
1 scoop ESP
1 scoop fiber (bukan brand shaklee)
Air kosong 350ml

Goncang laju2 sampai semua sebati terus minum. Jgn sampai fiber tu kembang. Kalo kembang kompem xlalu nk minum dah.

Lepas ni , minum sekali 200ml air kosong + 6 alfalfa

Hasilnya , perut pasti kenyang sebab fiber & alfalfa tu akan kembang dan buat perut kita lebihhh kenyang..

Selamat mencuba

Najihah Sudi - hidup untuk memberi
Id 869283
017-5012307


Posted via Blogaway

Lagi Mangsa Omega yang gumbiraaa

Gabungan OMEGA GUARD + CINCH SHAKE + ALFALFA buat tuanpunya badan hilang 6kg dalam masa sebulan!

Wallawehhhhh

Misi kikis lemak

Salam semuaaaa

Semalam misi kikis lemak telah bermula. Sejak berhenti menyusukan anak ni badan mudah naik. Maklumlah mase breastfeed sebanyak 500kalori dibakar. Once berhenti memang terasa sangatlah efeknye.. 
              Semangat ni mau jogging, yeahh!!

Saya jogging sebelum sarapan, ketika perut kosong. Saya pun baru tau.. Rupanya ada kajian di salah satu university di Kanada mengatakan bahawa bersenam ketik perut kosong mampu membakar 20% lemak dari badan. Woww!! Banyak tuhh.. 

     Lalaun yang saya lalu ketika berjogging. Cantik x?? Hihi

Ok, habis jogging baru sarapan. Ok, sarapan pun tak boleh main bedal jer. Kene betul-betul pilih. Untuk pastikan metabolisme kita sentiasa tinggi, sangat digalakkan untuk mengambil sarapan tinggi protein. Jadi saya memilih gabungan ESP + CINCH SHAKE. 


2 minuman berprotein ini mampu membekalkan keperluan protein yang diperlukan oleh badan. Paling penting, ia selamat untuk jangka masa pendek dan panjang. Lagi best, bila kita bersarapan tinggi protein, ia akan membuat kita kurang ketagih untuk makan kudap-kudap dan juga makan secara berlebihan. Tapi memang betullah.. Last semalam saya makan waktu petang dalam pukul 7 macam tu.. Lepas tu tak makan lagi dah. Tak lapar 1 hal.. Takde rase nak makan pun satu hal juga.. Memang best..

Lepas minum ESP + CINCH SHAKE ni saya terus telan 8 biji Alafalfa

Hamekkk 8 bj terus.. Hahaha.. Sebenarnya sehari boleh ambil 10 biji.. Kalau nk turunkan berat boleh ambil sampai 20 biji.. Takde masalah.. Cuma kenelah jarakkan. Jangan serentak. Janji air paling kurang 3 liter. 

Ok, kenapa telan alfalfa pulak? Alfalfa ni banyak fungsi tapi kalau nk turunkan berat, ia berfungsi sebagai fiber.. So kenyang tu jadi lebih lama.. Sebab alfalfa akan buat perut kita rase 'penuh'. Pastu alfalfa juga kawal gula dalam darah. So bila gula terkawal, ketagihan kita terhadap gula pun makin kurang. So no kudap2 n no manis2.. 

Itulah sharing saya setakat untuk pagi semalam.. Hihi.. Next time sharing part lain plak ye.. Okay.. Bai bai...

Lagi Kisah Hati Berlemak

FAKTA: Gejala hati berlemak

Kebanyakan pesakit hati berlemak tidak mengadu mereka menghadapi masalah ini. Namun, kajian menunjukkan 50 peratus daripada golongan ini mengadu:

Letih

Sakit atau tidak selesa pada bahagian atas abdomen.

Sekiranya keadaan hati berlarutan daripada steatohepatitis kepada fibrosis dan sirosis, pesakit akan mengalami masalah:

· Busung
· Pembekakan hati
· Demam
· Jaundis

Untuk mengetahui sama ada seseorang itu menghadapi masalah hati berlemak, pesakit perlu menjalani:

Pemeriksaan imbasan ultra atau imbasan CT. Bagi melihat lebih jelas perubahan pada hati akibat pengumpulan lemak, sedikit cebisan hati akan diambil melalui kaedah biopsi hati.

Ujian darah juga perlu dilakukan bagi mengetahui paras kolestrol, trigliserid dan fungsi hati serta untuk mengetahui lain-lain punca radang hati.

Rawatan

Meskipun hati berlemak bukan sejenis penyakit, tetapi keadaan ini perlu dirawat.

Rawatan ini bergantung kepada puncanya. Sebagai contoh, sekiranya pesakit seorang individu yang banyak mengambil minuman keras, dia perlu mengurangkan pengambilan berkenaan.

Jika pesakit adalah seseorang individu yang obes, dia perlu mengawal pemakan dan berat badannya.

Individu berisiko menghidap hati berlemak

· Mereka yang banyak minum minuman keras.
· Kekurangan pengambilan makanan berzat yang seimbang.
· Obesiti.
· Pesakit diabetes.
· Sindrom Reye di kalangan kanak-kanak.
· Kehamilan.
· Ubat-ubatan yang diambil secara berlebihan.

Tip merendahkan risiko hati berlemak

· Jangan minum minuman keras. Minuman keras boleh menurunkan kadar metabolisme dan pengumuhan lemak.

· Amalan pemakanan yang seimbang. Obesiti adalah punca paling kerap hati berlemak. Golongan ini biasanya mengalami masalah kesihatan seperti tekanan darah yang tinggi, angin ahmar, kencing manis dan sakit jantung.

· Mereka yang menahan lapar, kekurangan protein yang menyebabkan mereka kekurangan zat pemakanan diperlukan tubuh boleh menyebabkan hati berlemak.

· Melakukan senaman dan mengawal pengambilan makanan berlemak.

Bahaya Hati Berlemak

TAHUKAH anda selain masalah jantung mengandungi lemak yang boleh menyebabkan tubuh terdedah kepada pelbagai penyakit, ada organ lain yang tidak terkecuali berdepan masalah yang sama? Organ terbesar dalam tubuh yang mempunyai pelbagai fungsi penting yang dimaksudkan ialah hati.

Hati berlemak atau steatosis adalah satu keadaan yang mana ada lemak berlebihan pada hati. Di Amerika Syarikat, dianggarkan 25 peratus penduduknya menghadapi masalah ini dan ia lebih kerap ditemui di kalangan wanita.

Pakar Perunding Gastroenterologi, Jabatan Gastroenterologi, Hospital Kuala Terengganu (HKT), Dr Ahmad Shukri Mohd Salleh berkata, meskipun hati berlemak bukanlah sejenis penyakit, ia adalah petanda bahawa seseorang menghadapi masalah kesihatan.

Beliau berkata, keadaan ini sekiranya dibiarkan tanpa rawatan boleh menyebabkan penghidap menghadapi komplikasi.

"Hati berlemak yang tidak dirawat boleh mendedahkan individu terbabit menghadapi masalah hati atau penyakit lain yang lebih serius," katanya.

Hati adalah organ yang berfungsi untuk menukar lemak yang dimakan kepada jenis lemak yang digunakan oleh tubuh. Trigliserid pula antara bentuk lemak yang disimpan dalam tubuh dan digunakan untuk tenaga serta pembentukan sel baru.

Bagaimanapun, pemecahan lemak ini boleh terganggu oleh minuman keras, kekurangan zat makanan, kehamilan atau keracunan. Dalam kes hati berlemak, jumlah lemak yang kebanyakannya terdiri daripada trigliserid ada dalam sel hati.

Dr Shukri berkata, hati berlemak tidak menyebabkan penghidapnya berasa sakit dan keadaan yang tidak disedari ini berlarutan dalam jangka masa panjang.

Hati berlemak boleh menyebabkan radang pada sel hati yang dikenali sebagai steatohepatitis. Ia kerap dikaitkan dengan pengambilan minuman keras. Pengambilan minuman keras sebanyak 10 auns seminggu sudah memadai untuk mendedahkan seseorang itu mengalami masalah hati berlemak.

Namun keadaan yang sama boleh boleh berlaku tanpa mengaitkannya dengan minuman keras. Keadaan ini dikenali sebagai non-alcoholic steatohepatitis (NASH). Dianggarkan 15 hingga 50 peratus pesakit NASH boleh menghidap fibrosis atau sirosis hati dalam jangka masa yang lama.

Di Amerika Syarikat, sebahagian besar masalah hati berlemak berpunca daripada tabiat meminum minuman keras. Lemak masuk ke dalam hati melalui usus dan tisu. Dalam keadaan normal, lemak daripada makanan diproses oleh hati dan tisu lain.

Jika lemak yang diproses ini berlebihan daripada apa yang diperlukan dalam tubuh, ia akan disimpan. Di kalangan individu yang obes, lemak akan lebih banyak terbentuk dalam sel hati.

Beliau berkata, dalam kes yang serius saiz hati meningkat tiga kali ganda daripada saiz normal.

"Hati berlemak adalah satu keadaan yang mana berlakunya kadar penyerapan lemak yang begitu tinggi dalam hati. Ini disebabkan oleh tabiat pengambilan minuman keras secara berlebihan, penyakit kencing manis atau pertambahan berat badan," katanya.

Selain itu, penyakit seperti batuk kering, diet yang tidak seimbang, pembedahan pintasan usus kecil untuk obesiti dan sesetengah ubat seperti kortikosteroid menjadi punca berlakunya hati berlemak.

Beliau berkata, sukar untuk dijelaskan bagaimana penyerapan lemak pada hati berlaku. "Pesakit yang mempunyai hati berlemak biasanya menunjukkan pertambahan lemak yang mengakibatkan berat hati meningkat sebanyak lima peratus. Pemindahan lemak daripada bahagian tubuh lain atau peningkatan ekstrak lemak dalam hati akan melalui usus.

"Kadar kemampuan hati untuk memecah dan mengumuh lemak ialah punca kemungkinan berlakunya pengumpulan lemak dalam hati," katanya.

Berbeza dengan jantung, mengambil makanan yang berlemak tidak mempunyai kesan secara langsung terhadap pengumpulan lemak pada hati.
Malah, ada pesakit yang mempunyai paras lemak yang normal dalam darah.

Beberapa kajian mendapati hati berlemak adalah antara sebab yang menurunkan enzim hati yang dikenal pasti pada ujian darah secara rutin.

Enzim ini dikeluarkan oleh sel hati apabila berlaku radang pada sel berkenaan.

Bagi membantu menurunkan sekaligus membuang lemak yang berlebihan dalam hati, supplement yang sesuai di ambil ialah :

1. Lecithin


Ia berfungsi untuk mengemulsi lemak - lemak yang tidak diperlukan oleh badan termasuk juga hati. Lecithin akan melindungi hati dengan menghalang enapan lemak dihati, sirosis hatidan hati berlemak. Selain itu juga, lecithin juga membantu kesihatan hati
Harga Runcit : RM52.00 (Semenanjung) / RM55.00 (Sabah & Sarawak)
Kuantiti : 180 biji


2. Omega Guard


Omega Guard mencegah penyakit saluran darah yang boleh diakibatkan oleh hati yang berlemak. Fungsinya yang mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL sangat penting bagi mengelakkan pengenapan lemak di dalam hati

Harga Runcit : RM136.00 (Semenanjung) / RM140.00 (Sabah & Sarawak)
Kuantiti : 90 biji


3. Alfalfa Complex



Alfalfa berfungsi untuk mencuci hati, darah dan usus. Ia adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot. Alfalfa boleh diumpamakan sebagai span yang menyerap toksin dan lemak yang berlebihan dan akan membuangnya melalui najis.

Harga Runcit : RM53.00 (Semenanjung) / RM56.00 (Sabah & Sarawak)
Kuantiti : 330 biji
Harga Runcit : RM97.00 (Semenanjung) / RM102.00 (Sabah & Sarawak)
Kuantiti : 700 biji

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Call / Sms / Whatsapp / Viber
FB : najihah sudi

PERHATIAN : Konsultasi selepas pembelian produk adalah khas untuk PELANGGAN SAYA sahaja. Sila rujuk pengedar anda untuk sebarang masalah yang timbul, cara pemakanan suplemen yang lebih terperinci, tips - tips dan sebarang konsultasi selepas pembelian. Terima kasih.. :-)

Promosi Bulan November : ALFALFA

Alfalfa - Father of all food

-----------------------

Soalan yang biase diajukan “Alfalfa ni utk perempuan je ke? ” Eh, xlahh.. Lelaki perempuan boleh ambil.

Tahukah anda yang Alfalfa ni raja segala tumbuhan. Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Jom lihat antara kelebihan dan khasiat Alfalfa untuk lelaki dan wanita
• Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
• Melegakan sakit sendi dan belakang.
• Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
• Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
• Merawat arthitis
• Bagus untuk elergi dan ekzema
• Merawat athma
• Mencuci usus bagi membuang toksik
• Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
• Meneutralkan asid dalam badan
• Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
• Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
• Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
• Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
• Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
• Meningkatkan stamina seorang suami
• Melegakan sembelit
• Membuang angin dalam badan
• Milk booster

Haaa tu dia... antara 1001 fungsi Alfalfa...

Berminat? Jom order

Jiha 017.5012307
Facebook : Najihah Sudi
Page : Cik Rerama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Baca ni! Best!