Showing posts with label ESP. Show all posts
Showing posts with label ESP. Show all posts

Resepi bancuhan Cinch Shake yang lazat serta mengenyangkan!

Ape yang ada dalam ni? 

1.5 scoop CINCH CHOC
1 scoop ESP
1 scoop fiber (bukan brand shaklee)
Air kosong 350ml

Goncang laju2 sampai semua sebati terus minum. Jgn sampai fiber tu kembang. Kalo kembang kompem xlalu nk minum dah.

Lepas ni , minum sekali 200ml air kosong + 6 alfalfa

Hasilnya , perut pasti kenyang sebab fiber & alfalfa tu akan kembang dan buat perut kita lebihhh kenyang..

Selamat mencuba

Najihah Sudi - hidup untuk memberi
Id 869283
017-5012307


Posted via Blogaway

Masker ESP + Yogurt untuk kulit lebih muda dan berseri


Hi uolls..

Hari ni saya nak share mengenai  masker ESP + Yogurt yang lately saya kerap buat lately. Hasil pemakaian masker ni memang mabeles habess. Seriously kulit jadi segar, lebih cerah dan lebih lembut. Pori – pori kulit pun nampaknya lebih rapat. Yahoo!! I like..


Haa. Kenapa pilih yogurt? Nape x pilih air kosong jer.. jangan x tau yogurt ni pun bagus sangat untuk kulit kita.

1. Menjadikan Kulit Lebih Segar dan lebih muda
- Yogurt mengandung asid laktik (alpha hydroxyl) yang dapat membantu menghaluskan kulit kering dan mencegah penuaan diri seperti garis-garis halus, kedut dan bintik-bintik pada kulit. Yogurt turut membantu membuang sel - sel mati yang akan menutup liang – liang  pori yang menyebabkan penampilan kulit menjadi kusam.

2. Merapatkan Liang – liang pori
- Asid laktik (alpha hydroxyl)  yang ada pada yogurt juga dapat menutup pori-pori yang besar pada kulit menjadikan penampilan kulit lebih muda.

3.  Bebas Jerawat
- Yogurt memiliki sifat anti bakteria serta kaya dengan zinc yang membantu menyembuhkan jerawat dan memudarkan bekas jerawat.

4. Mencerahkan & Memutihkan Kulit
- Jika anda mempunyai masalah kulit terbakar akibat sinaran matahari (sunburn), yogurt sangat membantu dengan memberi rasa sejuk dan meredakan kemerahan pada kulit akibat sunburn. Pemakaian secara teratur dan konsisten mampu memutihkan wajah.

Best, kan?? Tambah pulak dengan ESP yang kita tahu ia merupakan soya tinggi protein yang merupakan asas penghasilan sel dan membaikpulih sel – sel yang rosak. Hasilnya memang superb!!


Love
Jiha
0175012307

ESP Adalah Sumber Protein Terbaik Untuk Ibu – Ibu Hamil.


Anda mengandung?? Tahniah!! So kenelah jaga pemakanan semua kan.. supaya tumbesaran janin berlaku dengan baik dan mudah – mudahan bayi membesar dengan sempurna. 

Antara zat yang pentiing yang perlu ditekankan ialah Protein. Tahukah anda, diet yang cukup dgn sumber protein kepada ibu mengandung adalah hampir WAJIB?! Mengapa?? Apakah kepentingan protein kepada si ibu dan bayi yang dikandung?

  1. Protein penting untuk perkembangan otak bayi. Otak bayi mula berkembang seawal persenyawaan berlaku lagi! Seperti yang kita tahu, otak manusia terdiri daripada sel dan sel pula dihasilkan daripada PROTEIN! Maka adalah penting untuk ibu mendapatkan protein berkualti tinggi dari saat ibu tahu telah berbadan dua, bagi memastikan perkembangan otak bayi berlaku dgn baik sekali.
  2. Protein sangat penting untuk pembentukan otot. Selain membantu dalam proses kelahiran, protein juga diperlukan untuk membina otot bayi. Tanpa disedari, ibu hamil biasanya kehilangan otot akibat kurang senaman dan pergerakan. Dengan pengambilan protein yang mencukupi, ibu dapat mengurangkan kehilangan otot ini.
  3.  Protein membantu meningkatkan sistem imun badan si ibu. Ramai yang tidak tahu, selain vitamin C, protein juga sangat bagus untuk menguatkan imuniti kita. Malah, protein lebih mudah dicerna oleh ibu hamil dan bayi yang dikandung.

Ada banyak sumber protein yang boleh diperolehi daripada pemakanan kita, contohnya daging seperti ayam, lembu, kambing.. kekacang, telur, tempe juga tinggi kandungan proteinnya. Namun sumber protein drpd haiwan tak elok diambil dlm kuantiti yg banyak disebabkan kandungan lemak yg tinggi. Selain tu, cara memasak juga selalunya menghapuskan khasiat yang terkandung dalam makanan kita. Ini kerana protein mudah rosak jika diproses dengan suhu yang tinggi.

Sebagai alternatif, ibu boleh dapatkan sumber PROTEIN yang bermutu tinggi daripada ESP Shaklee. Apakah kelebihan dan keunikan ESP Shaklee ini yang membuatkan ia sumber protein terbaik ?




1.       Dilengkapi dengan unsur kalsium untuk elakkan kerapuhan tulang kerana serbuk soya biasanya bersifat keasidan
2.       Dihasilkan daripada soya Non – GMO (selamat daripada risiko toksin)
3.       Merupakan sumber protein yang lengkap dengan 9 asid amino penting bagi tumbesaran dan fungsi badan
4.       Ia rendah lemak tanpa kolestrol
5.       Diproses menggunakan air bukannya alcohol bagi mengekalkan kandungan isoflavone
6.       Protein soya (berasaskan tumbuhan) lebih mudah dihadam berbanding protein berasaskan haiwan
7.       Mengekalkan tenaga berterusan selama berjam – jam
8.       Membantu menjadikan kulit lebih berseri dan anjal – Meransang regenerasi kulit dan otot, mengurangkan kedutan, mempercepatkan penyembuhan luka dan memudarkan parut
9.       Tinggi kandungan Isoflavone yang membantu mengurangkan risiko kanser, bertindak sebagai antioksida, meningkatkan system imunisasi tubuh, mengurangkan kadar kolestrol dan memelihara kesihatan jantung.

Bila baca kelebihan ESP ni, no wonder ia menjadi HOT PRODUCT Shaklee. Sentiasa laris dan sentiasa habis di pasaran..  so sementara ada ni, cepat – cepatlah beli ya..

Oh ya, kalau korang nak dapat OFFER BEST daripada saya, boleh jer.. contact saya sekarang.. lagi banyak anda beli, lagi banyak untung yang anda dapat!!

Borong jangan x borongggggg…


Love,
Jiha @ 0175012307

ESP untuk Kesihatan & Kecantikan Kulit


Adakah anda mengalami simptom2 berikut :
1. Kulit wajah yang kusam?
2. Wajah penuh dengan tompokan bekas jerawat yang hitam?
3. Bekas gigitan nyamuk yang akhirnya menjadi kudis dan meninggalkan kesan ?
4. Rambut sering gugur?
5. Lemah dan tidak bertenaga?

Tahukah anda ia antara punca kekurangan protien?

Risiko Kekurangan Protein (umumnya):
1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka lambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)
`

Mulakan dengan pengambilan ESP setiap hari.. 


Fakta ringkas ESP:

Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. 

ESP memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.


ESP mengandungi 14 gram protein soya BUKAN GMO berkualiti tinggi 

ESP Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.


ESP tidak mengandungi kolesterol dan laktosa.


 Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.


Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet

sumber : Cery

10 Jenis Makanan Anti Kolestrol.

Rata - rata rakyat Malaysia amat menggemari makanan yang berkolestrol tinggi. Ini merupakan salah satu punca mengapa kadar obesiti dan penyakit-penyakit lain menngkat saban tahun. Jika mahu memastikan badan sentiasa sihat dan bebas penyakit, kita perlu tahu makanan mana yang perlu elak dan dikurangkan. Seeloknya pilihlah makanan - makanan yang memberi kebaikan kepada tubuh badan kita.

Berikut adalah 10 jenis makanan yang membantu menurunkan kadar kolestrol di dalam badan . Ianya sangat mudah didapati di sekeliling kita. Jadi tiada alasan lah untuk kita mengelak dari mendapatkannya..

1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yang diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian. Ia juga dapat menghidarkan penyakit jantung dan kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL). Nak senang? Amik jer ESP.

2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi

3. BUAH KERING
Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dlm badan

5. IKAN TUNA
Termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung

7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh

8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

So lepas ni bolehlah makan banyak2 makanan - makanan yang telah disebutkan tadi ya.. semoga usaha kite yang sedikit ni memberi kesan yang besar pada kesihatan kita..

ESP soya protein shaklee yang memenuhi kriteria soya yang selamat!!

Saya penggemar soya. Anda?

Sebelum ni memang x ambil tahu pun kisah soya ni.. Asal nmpk soya je kat kedai, terus beli. Beli bukan sbb pk bagus ke x utk tubuh bdn tapi beli sebab sukeee sgt dgn rase die. Nak2 yang ade add on corn flavor tuh.. Fuuhhh.. Memang mantoppp.. 😍

Tapi sejak kenal dgn ESP, dah x pandang soya lain.. terus jatuh cintaaaa dengan esp.. Rase die yg sedappp sgt!! Memang terbaik.. Tambah pulak dengan khasiat die yg pelbagai. Paling penting, ESP merupakan soya yang memenuhi dan mematuhi 7 kriteria soya yang selamat diminum dan memberi kesan yang superbbbb utk tubuh kita.

Ok, jom baca 7 kriteria tu

🍓🍓🍓🍓🍓🍓🍓🍓🍓🍓🍓🍓🍓

Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic~ Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic….sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.

Soybean tu mestilan Non GMO ( tak dihasilkan secara genetic)~Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?sebab secara umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik danvitamin natural..)…dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan

Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu- Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.

Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol-Alcohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedangkan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang

Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan- Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.

Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan- Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result

Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?~ Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg denikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium

Ok, ini la rupe bentuk soya ESP

Suplemen Boleh Kuruskan Badan? Biar betik!!



Erk, ape kaitan dengan betik plak nih?? hehe.. ape2 pun.. YUP, Betol sesangat..... Suplemen memang boleh bantu usaha kalian nk kurus. yay!!! Tinggal beberapa hari lagi rasenye kita akan menyambut ramadhan. Ramai yang mengambil peluang sempena bulan puasa ni untuk turunkan berat badan. Yup, sgt benar. Inilah antara masa yag sgt sesuai untuk kecikkan sikit badan tuh. Hehe… Jom kenali fungsi setiap vitamin shaklee yang mampu membantu anda mendapatkan berat dan badan yang diinginkan..



Omega-3

Makanan mengandungi Omega-3 dikatakan boleh membantu menguruskan badan. Bagaimana?

Memberikan kekenyangan


Omega-3 ni didapati daripada sumber lemak. Lemak yang baik. Lemak merupakan molekul berantai panjang. Kompleks. Kiranya ambil masa yang lama untuk sistem pencernaan kita untuk menghadamnya. Jadi, Fats stays longer in stomach. Ini memberikan rasa kekenyangan atau kata orang Kedah : satiety. Eheh! satiety = kekenyangan :) Kalau dah kenyang, takan nak makan kan?

Menggalakkan penggunaan lemak


Satu kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Obesity, pengambilan Omega-3 meningkatkan penggunaan lemak. Bagaimana? Omega-3 sebenarnya boleh merendahkan kandungan insulin. Apa kena mengena dengan insulin? Insulin tu apa? Ha.. meh nak cerita.



Insulin ni adalah sejenis hormone yang menggalakkan penukaran gula kepada lemak. Camni la kalau persamaan dia:

GLUCOSE -----INSULIN --------> FAT

Jadi, bila pengambilan omega-3 suppress insulin level, kurang insulin akan menyebabkan kuranglah penukaran gula kepada lemak untuk disimpan. Lebih banyak gula akan digunakan, kurang gula yang ditukarkan kepada simpanan lemak. Boleh dapat? Tak paham, angkat tangan ye ;)

Protein

High Protein Diet memang popular. Ada orang yang cuma makan telur putih sebab nak diet, taknak ambik carbohydrate nanti gemok katanya. Jangan buat camtu ye, apa pun pilihan, carbohydrate masih sumber terbaik untuk penghasilan tenaga. Ingat ye kawan-kawan sekalian, There is no magic food. Takde SATU makanan ajaib yang boleh membekalkan kesemua nutrien utk kita. Kita kena ambil pelbagai makanan.



Kenapa makanan tinggi protein boleh kuruskan badan? Protein memberikan kekenyangan yang lama kepada kita kerana struktur protein yang kompleks berbanding karbohidrat. menyebabkan protein sukar diurai & berada lama di dalam perut & kita kenyang. Kenyang takan nak makan lagi? hehe.

Jangan salah faham ye, boleh diurai/ dicerna, cuma lambat sikit. Berbeza kesnya dengan baby. Ada kan baby yang disuap pisang / nestum dsb masa sebelum 6bulan lagi. kan dia tidur lama? tu sebab sistem penghadamannya kurang matang & mengambil masa yang sangat lama untuk mencernakan makanan tersebut. Tu yang dia kenyang lama, sebab perut dia penuh & dia sebenarnya struggle untuk mencernakan makanan-makanan yang begitu kompleks. Berbeza dengan susu ibu yang ringkas & tidak membebankan sistem penghadaman bayi *selingan*

Selain itu, protein mengandungi amino acid yang dinamakan Leucine & Lysine. Amino acid ni macam blok-blok binaan bagi protein. macam bata-bata yang membina dinding. Setiap satu bata tu adalah amino acid.

Lysine sangat penting untuk menghasilkan carnitine yang bertanggungjawab menukarkan asid lemak kepada tenaga dan membantu menurunkan aras kolesterol. Baikkan Lysine? :) Selain itu, Lysine juga berfungsi membantu tubuh menyerap kalsium, membina kolagen juga memegang otot (Bila dah kurus, takla menggeleber). Leucine amat penting dalam pembinaan struktur protein.

Tapi, hati-hati, ambil protein berpada2.Jangan mentang2 nak diet kuruskan badan. seeeemua makanan protein belaka. hihi. Kelebihan protein boleh membebankan ginjal kita untuk memproses. Kenapa? Kerana ginjal akan memproses protein untuk disingkarkan jika berlebihan. Terlalu banyak protein akan membebankan ginjal.

Disarankan kita melebihkan pengambilan protein bersumberkan tumbuhan kerana sumber haiwan mengandungi lemak & kolestrol yang lebih tinggi.



Serat / Fiber

Pengambilan serat juga membantu kita merasa kenyang lebih lama. Serat boleh bergabung dengan lemak & seterusnya diangkut keluar oleh tubuh.


Lechitin

Lechitin boleh berfungsi menjadi pemecah kepada lemak (fats emulsifier). Lemak-lemak yang dipecahkan digabungkan dengan diet yang tinggi serat & air akan membantu menguruskan badan.



B complex

Keluarga vitamin B mempunyai fungsi yang sangat pelbagai. Salah satunya ialah memangkinkan penghasilan tenaga. Maksudnya, bila kita makan, Vitamin B akan membantu pengoksidaan karbohidrat / lemak / protein untuk menghasilkan tenaga. Dalam erti kata lain pembakaran sumber tenaga lebih cepat. Hmm... jangan skip b complex ya :)

*This statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. This product are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan utk merawat,mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan



CREDIT : SURIJUNIOR




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Baca ni! Best!