Showing posts with label Lecithin. Show all posts
Showing posts with label Lecithin. Show all posts

Diet dengan Shaklee, berat hilang sebanyak 30kg!!

30kg banyak oii.. Dah macam 2 kampit boreh. Tapi itu beras.. Yang ni berat badan!! Memang thorrrrbaik sangat!

Tahniah pada tuanpunya badan.. Xsampai setahun boleh buang 30kg. Apelah sangat setahun tu kan.. Rasanya mase naik berat sampai 30kg tu ambil masa bertahun. So dapat buang 30kg kurang setahun memang ohsem sangat!

Meh nk tunjuk pic testimoni akk ni.

 
Haaaa. Jauh beza kan.. Dah mcm 1/3 je tinggal. Lagi 2/3 badan xde dah. Apa yang dia amalkan sepanjang proses menurunkan berat badan ni? 

1. CINCH SHAKE
2. HERBLAX
3. LECITHIN
4. ALFALFA

& of course dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan cergas. Suke la tengok org yang berjaya turunkan berat berpuluh kilo ni. Mesti dia punyai push factor yang kuat. 

Bila gemuk ni bukan setakat payah nk bergerak, payah nak pilih baju bagai tapi ia membuka ruang kepada penyakit-penyakit kronik datang menyinggah ke badan. Selain itu juga, bila gemok kita boleh hilang keyakinan. Tak yakin nak berhadapan dengan orang, tak yakin nak buat something yang expose kat orang luar dan paling dasyat bila kita tak yakin dengan diri kita sendiri. Kehebatan tu ada dlm badan tapi kerana gemuk, habis hilang semua rasa yakin tuh.

Banyak lagi masalah yang berkaitan dengan kegemukan ni. So uoll yang tengah membaca ni, jom kita sama2 amalkan gaya hidup yang sihat dan berkualiti. Elakkan kegemukan untuk keselasaan dan kesihatan kita juga. 

Love,
Najihah Sudi

Bahaya Hati Berlemak

TAHUKAH anda selain masalah jantung mengandungi lemak yang boleh menyebabkan tubuh terdedah kepada pelbagai penyakit, ada organ lain yang tidak terkecuali berdepan masalah yang sama? Organ terbesar dalam tubuh yang mempunyai pelbagai fungsi penting yang dimaksudkan ialah hati.

Hati berlemak atau steatosis adalah satu keadaan yang mana ada lemak berlebihan pada hati. Di Amerika Syarikat, dianggarkan 25 peratus penduduknya menghadapi masalah ini dan ia lebih kerap ditemui di kalangan wanita.

Pakar Perunding Gastroenterologi, Jabatan Gastroenterologi, Hospital Kuala Terengganu (HKT), Dr Ahmad Shukri Mohd Salleh berkata, meskipun hati berlemak bukanlah sejenis penyakit, ia adalah petanda bahawa seseorang menghadapi masalah kesihatan.

Beliau berkata, keadaan ini sekiranya dibiarkan tanpa rawatan boleh menyebabkan penghidap menghadapi komplikasi.

"Hati berlemak yang tidak dirawat boleh mendedahkan individu terbabit menghadapi masalah hati atau penyakit lain yang lebih serius," katanya.

Hati adalah organ yang berfungsi untuk menukar lemak yang dimakan kepada jenis lemak yang digunakan oleh tubuh. Trigliserid pula antara bentuk lemak yang disimpan dalam tubuh dan digunakan untuk tenaga serta pembentukan sel baru.

Bagaimanapun, pemecahan lemak ini boleh terganggu oleh minuman keras, kekurangan zat makanan, kehamilan atau keracunan. Dalam kes hati berlemak, jumlah lemak yang kebanyakannya terdiri daripada trigliserid ada dalam sel hati.

Dr Shukri berkata, hati berlemak tidak menyebabkan penghidapnya berasa sakit dan keadaan yang tidak disedari ini berlarutan dalam jangka masa panjang.

Hati berlemak boleh menyebabkan radang pada sel hati yang dikenali sebagai steatohepatitis. Ia kerap dikaitkan dengan pengambilan minuman keras. Pengambilan minuman keras sebanyak 10 auns seminggu sudah memadai untuk mendedahkan seseorang itu mengalami masalah hati berlemak.

Namun keadaan yang sama boleh boleh berlaku tanpa mengaitkannya dengan minuman keras. Keadaan ini dikenali sebagai non-alcoholic steatohepatitis (NASH). Dianggarkan 15 hingga 50 peratus pesakit NASH boleh menghidap fibrosis atau sirosis hati dalam jangka masa yang lama.

Di Amerika Syarikat, sebahagian besar masalah hati berlemak berpunca daripada tabiat meminum minuman keras. Lemak masuk ke dalam hati melalui usus dan tisu. Dalam keadaan normal, lemak daripada makanan diproses oleh hati dan tisu lain.

Jika lemak yang diproses ini berlebihan daripada apa yang diperlukan dalam tubuh, ia akan disimpan. Di kalangan individu yang obes, lemak akan lebih banyak terbentuk dalam sel hati.

Beliau berkata, dalam kes yang serius saiz hati meningkat tiga kali ganda daripada saiz normal.

"Hati berlemak adalah satu keadaan yang mana berlakunya kadar penyerapan lemak yang begitu tinggi dalam hati. Ini disebabkan oleh tabiat pengambilan minuman keras secara berlebihan, penyakit kencing manis atau pertambahan berat badan," katanya.

Selain itu, penyakit seperti batuk kering, diet yang tidak seimbang, pembedahan pintasan usus kecil untuk obesiti dan sesetengah ubat seperti kortikosteroid menjadi punca berlakunya hati berlemak.

Beliau berkata, sukar untuk dijelaskan bagaimana penyerapan lemak pada hati berlaku. "Pesakit yang mempunyai hati berlemak biasanya menunjukkan pertambahan lemak yang mengakibatkan berat hati meningkat sebanyak lima peratus. Pemindahan lemak daripada bahagian tubuh lain atau peningkatan ekstrak lemak dalam hati akan melalui usus.

"Kadar kemampuan hati untuk memecah dan mengumuh lemak ialah punca kemungkinan berlakunya pengumpulan lemak dalam hati," katanya.

Berbeza dengan jantung, mengambil makanan yang berlemak tidak mempunyai kesan secara langsung terhadap pengumpulan lemak pada hati.
Malah, ada pesakit yang mempunyai paras lemak yang normal dalam darah.

Beberapa kajian mendapati hati berlemak adalah antara sebab yang menurunkan enzim hati yang dikenal pasti pada ujian darah secara rutin.

Enzim ini dikeluarkan oleh sel hati apabila berlaku radang pada sel berkenaan.

Bagi membantu menurunkan sekaligus membuang lemak yang berlebihan dalam hati, supplement yang sesuai di ambil ialah :

1. Lecithin


Ia berfungsi untuk mengemulsi lemak - lemak yang tidak diperlukan oleh badan termasuk juga hati. Lecithin akan melindungi hati dengan menghalang enapan lemak dihati, sirosis hatidan hati berlemak. Selain itu juga, lecithin juga membantu kesihatan hati
Harga Runcit : RM52.00 (Semenanjung) / RM55.00 (Sabah & Sarawak)
Kuantiti : 180 biji


2. Omega Guard


Omega Guard mencegah penyakit saluran darah yang boleh diakibatkan oleh hati yang berlemak. Fungsinya yang mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL sangat penting bagi mengelakkan pengenapan lemak di dalam hati

Harga Runcit : RM136.00 (Semenanjung) / RM140.00 (Sabah & Sarawak)
Kuantiti : 90 biji


3. Alfalfa Complex



Alfalfa berfungsi untuk mencuci hati, darah dan usus. Ia adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot. Alfalfa boleh diumpamakan sebagai span yang menyerap toksin dan lemak yang berlebihan dan akan membuangnya melalui najis.

Harga Runcit : RM53.00 (Semenanjung) / RM56.00 (Sabah & Sarawak)
Kuantiti : 330 biji
Harga Runcit : RM97.00 (Semenanjung) / RM102.00 (Sabah & Sarawak)
Kuantiti : 700 biji

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Call / Sms / Whatsapp / Viber
FB : najihah sudi

PERHATIAN : Konsultasi selepas pembelian produk adalah khas untuk PELANGGAN SAYA sahaja. Sila rujuk pengedar anda untuk sebarang masalah yang timbul, cara pemakanan suplemen yang lebih terperinci, tips - tips dan sebarang konsultasi selepas pembelian. Terima kasih.. :-)

10 Jenis Makanan Anti Kolestrol.

Rata - rata rakyat Malaysia amat menggemari makanan yang berkolestrol tinggi. Ini merupakan salah satu punca mengapa kadar obesiti dan penyakit-penyakit lain menngkat saban tahun. Jika mahu memastikan badan sentiasa sihat dan bebas penyakit, kita perlu tahu makanan mana yang perlu elak dan dikurangkan. Seeloknya pilihlah makanan - makanan yang memberi kebaikan kepada tubuh badan kita.

Berikut adalah 10 jenis makanan yang membantu menurunkan kadar kolestrol di dalam badan . Ianya sangat mudah didapati di sekeliling kita. Jadi tiada alasan lah untuk kita mengelak dari mendapatkannya..

1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yang diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian. Ia juga dapat menghidarkan penyakit jantung dan kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL). Nak senang? Amik jer ESP.

2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi

3. BUAH KERING
Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dlm badan

5. IKAN TUNA
Termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung

7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh

8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

So lepas ni bolehlah makan banyak2 makanan - makanan yang telah disebutkan tadi ya.. semoga usaha kite yang sedikit ni memberi kesan yang besar pada kesihatan kita..

Lecithin.. Lebih dari sekadar pengemulsi..

Siapa sini yang suke makan benda bergoreng?

Saya mengaku saya suke sangat makan bende bergoreng.. Cucur ke.. Mee goreng ke.. Hehe. Tapi setiap kali saya ambil makanan berminyak atau bergoreng ni, saya akan telan lecithin. Nak elakkan daripada minyak-minyak ni terserap dlm badan. Jadi fungsi lecithin di sini ialah menghalang daripada minyak daripada bertepek dalam badan dengan melarutkan minyak/ tersebut di dalam darah seterusnya dibuang melalui urin dan najis.

Sebenarnya fungsi lecithin ni banyak.. Bukan setakat nak cairkan lemak jer.. Bukan sekadar pengemulsi lemak tapi ada banyak lagi fungsi - fungsinya..

1. Menyerap vitamin yang larut lemak seperti vitamin A,D,E,K
2. Melindungi hati - menghalang enapan lemak dihati, sirosis hati dan hati berlemak. Juga membantu memulihkan kesihatan hati
3. Pemecahan lemak & kolestrol - sbg "pembersih" salur darah dgn mengemulsi dan membakar lemak
4. Pelansingan - halang obesity
5. Kecantikan otot dan kulit
6. Memperbaiki alergi dan penyakit kulit yang lain
7. Menghalang kejadian batu karang hempedu
8. Tingkatkan daya ingatan dan kurangkan stress
9. Menghalang tekanan darah tinggi
10. Memperbaiki prostat
11. Meringankan sembelit

Kannn... Tu la.. Memang banyak fungsi lecithin nih.. Untuk anda yang mahu mendapatkan hasil seperti yang tertera kat atas ni.. PleAse.. Contact me.. Ringan2kan jari jemari tu untuk sms atau whatsapp saya.. :-)

JIHA 0175012307
Call / Sms / Whatsapp / Viber
FB : najihah sudi

PERHATIAN : Konsultasi selepas pembelian produk adalah khas untuk PELANGGAN SAYA sahaja. Sila rujuk pengedar anda untuk sebarang masalah yang timbul, cara pemakanan suplemen yang lebih terperinci, tips - tips dan sebarang konsultasi selepas pembelian. Terima kasih.. :-)



Suplemen Boleh Kuruskan Badan? Biar betik!!



Erk, ape kaitan dengan betik plak nih?? hehe.. ape2 pun.. YUP, Betol sesangat..... Suplemen memang boleh bantu usaha kalian nk kurus. yay!!! Tinggal beberapa hari lagi rasenye kita akan menyambut ramadhan. Ramai yang mengambil peluang sempena bulan puasa ni untuk turunkan berat badan. Yup, sgt benar. Inilah antara masa yag sgt sesuai untuk kecikkan sikit badan tuh. Hehe… Jom kenali fungsi setiap vitamin shaklee yang mampu membantu anda mendapatkan berat dan badan yang diinginkan..



Omega-3

Makanan mengandungi Omega-3 dikatakan boleh membantu menguruskan badan. Bagaimana?

Memberikan kekenyangan


Omega-3 ni didapati daripada sumber lemak. Lemak yang baik. Lemak merupakan molekul berantai panjang. Kompleks. Kiranya ambil masa yang lama untuk sistem pencernaan kita untuk menghadamnya. Jadi, Fats stays longer in stomach. Ini memberikan rasa kekenyangan atau kata orang Kedah : satiety. Eheh! satiety = kekenyangan :) Kalau dah kenyang, takan nak makan kan?

Menggalakkan penggunaan lemak


Satu kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Obesity, pengambilan Omega-3 meningkatkan penggunaan lemak. Bagaimana? Omega-3 sebenarnya boleh merendahkan kandungan insulin. Apa kena mengena dengan insulin? Insulin tu apa? Ha.. meh nak cerita.



Insulin ni adalah sejenis hormone yang menggalakkan penukaran gula kepada lemak. Camni la kalau persamaan dia:

GLUCOSE -----INSULIN --------> FAT

Jadi, bila pengambilan omega-3 suppress insulin level, kurang insulin akan menyebabkan kuranglah penukaran gula kepada lemak untuk disimpan. Lebih banyak gula akan digunakan, kurang gula yang ditukarkan kepada simpanan lemak. Boleh dapat? Tak paham, angkat tangan ye ;)

Protein

High Protein Diet memang popular. Ada orang yang cuma makan telur putih sebab nak diet, taknak ambik carbohydrate nanti gemok katanya. Jangan buat camtu ye, apa pun pilihan, carbohydrate masih sumber terbaik untuk penghasilan tenaga. Ingat ye kawan-kawan sekalian, There is no magic food. Takde SATU makanan ajaib yang boleh membekalkan kesemua nutrien utk kita. Kita kena ambil pelbagai makanan.



Kenapa makanan tinggi protein boleh kuruskan badan? Protein memberikan kekenyangan yang lama kepada kita kerana struktur protein yang kompleks berbanding karbohidrat. menyebabkan protein sukar diurai & berada lama di dalam perut & kita kenyang. Kenyang takan nak makan lagi? hehe.

Jangan salah faham ye, boleh diurai/ dicerna, cuma lambat sikit. Berbeza kesnya dengan baby. Ada kan baby yang disuap pisang / nestum dsb masa sebelum 6bulan lagi. kan dia tidur lama? tu sebab sistem penghadamannya kurang matang & mengambil masa yang sangat lama untuk mencernakan makanan tersebut. Tu yang dia kenyang lama, sebab perut dia penuh & dia sebenarnya struggle untuk mencernakan makanan-makanan yang begitu kompleks. Berbeza dengan susu ibu yang ringkas & tidak membebankan sistem penghadaman bayi *selingan*

Selain itu, protein mengandungi amino acid yang dinamakan Leucine & Lysine. Amino acid ni macam blok-blok binaan bagi protein. macam bata-bata yang membina dinding. Setiap satu bata tu adalah amino acid.

Lysine sangat penting untuk menghasilkan carnitine yang bertanggungjawab menukarkan asid lemak kepada tenaga dan membantu menurunkan aras kolesterol. Baikkan Lysine? :) Selain itu, Lysine juga berfungsi membantu tubuh menyerap kalsium, membina kolagen juga memegang otot (Bila dah kurus, takla menggeleber). Leucine amat penting dalam pembinaan struktur protein.

Tapi, hati-hati, ambil protein berpada2.Jangan mentang2 nak diet kuruskan badan. seeeemua makanan protein belaka. hihi. Kelebihan protein boleh membebankan ginjal kita untuk memproses. Kenapa? Kerana ginjal akan memproses protein untuk disingkarkan jika berlebihan. Terlalu banyak protein akan membebankan ginjal.

Disarankan kita melebihkan pengambilan protein bersumberkan tumbuhan kerana sumber haiwan mengandungi lemak & kolestrol yang lebih tinggi.



Serat / Fiber

Pengambilan serat juga membantu kita merasa kenyang lebih lama. Serat boleh bergabung dengan lemak & seterusnya diangkut keluar oleh tubuh.


Lechitin

Lechitin boleh berfungsi menjadi pemecah kepada lemak (fats emulsifier). Lemak-lemak yang dipecahkan digabungkan dengan diet yang tinggi serat & air akan membantu menguruskan badan.



B complex

Keluarga vitamin B mempunyai fungsi yang sangat pelbagai. Salah satunya ialah memangkinkan penghasilan tenaga. Maksudnya, bila kita makan, Vitamin B akan membantu pengoksidaan karbohidrat / lemak / protein untuk menghasilkan tenaga. Dalam erti kata lain pembakaran sumber tenaga lebih cepat. Hmm... jangan skip b complex ya :)

*This statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. This product are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan utk merawat,mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan



CREDIT : SURIJUNIOR




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Baca ni! Best!