Hai!! Assalamualaikum untuk anda semua. Hari ni dah hari ahad so dah tamatlah sesi berhujung minggu.
Hujung minggu ni memang idaman semua terutama yang bekerja betul x? Bukan ape, time hujung minggu lah mase untuk setelkan banyak bende yang tak boleh buat time hari biase.
Walaupun saya bekerja dari rumah, hujung minggu juga adalah hari yang saya tunggu-tunggu. So ape yang saya buat time hujung minggu? Lets check it out!
1. Kemas bilik
Jangan tak tau, walaupun saya kerja dari rumah tapi ade mase memang tak sempat nak kemas betul2 bilik. Ada masa semua saya longgok dulu baju ke tepi atau dalam bakul. Hujung minggu baru saya kluarkan balik. Cadar pun sepanjang hari biase tak dapat nk kemas elok2. Ikut dan jer. Hehe
2. Masak
Passion saya selain shaklee ialah memasak. Biasa hujung minggu saya kurangkan sikit aktiviti bisnes dan amek peluang ni untuk masak.
3. Planning untuk to do list untuk seminggu.
Biase planning ni saya buat ahad malam isnin. Saya akan rancang ape yang saya nak buat selama 1 minggu. So takdelah fokus kita lari dan paling penting semua kerja saya terurus.
So inilah 3 aktiviti wajib yang saya biasa buat sewaktu hujung minggu.
Bagaimana dengan anda?