Bahaya Hati Berlemak

TAHUKAH anda selain masalah jantung mengandungi lemak yang boleh menyebabkan tubuh terdedah kepada pelbagai penyakit, ada organ lain yang tidak terkecuali berdepan masalah yang sama? Organ terbesar dalam tubuh yang mempunyai pelbagai fungsi penting yang dimaksudkan ialah hati.

Hati berlemak atau steatosis adalah satu keadaan yang mana ada lemak berlebihan pada hati. Di Amerika Syarikat, dianggarkan 25 peratus penduduknya menghadapi masalah ini dan ia lebih kerap ditemui di kalangan wanita.

Pakar Perunding Gastroenterologi, Jabatan Gastroenterologi, Hospital Kuala Terengganu (HKT), Dr Ahmad Shukri Mohd Salleh berkata, meskipun hati berlemak bukanlah sejenis penyakit, ia adalah petanda bahawa seseorang menghadapi masalah kesihatan.

Beliau berkata, keadaan ini sekiranya dibiarkan tanpa rawatan boleh menyebabkan penghidap menghadapi komplikasi.

"Hati berlemak yang tidak dirawat boleh mendedahkan individu terbabit menghadapi masalah hati atau penyakit lain yang lebih serius," katanya.

Hati adalah organ yang berfungsi untuk menukar lemak yang dimakan kepada jenis lemak yang digunakan oleh tubuh. Trigliserid pula antara bentuk lemak yang disimpan dalam tubuh dan digunakan untuk tenaga serta pembentukan sel baru.

Bagaimanapun, pemecahan lemak ini boleh terganggu oleh minuman keras, kekurangan zat makanan, kehamilan atau keracunan. Dalam kes hati berlemak, jumlah lemak yang kebanyakannya terdiri daripada trigliserid ada dalam sel hati.

Dr Shukri berkata, hati berlemak tidak menyebabkan penghidapnya berasa sakit dan keadaan yang tidak disedari ini berlarutan dalam jangka masa panjang.

Hati berlemak boleh menyebabkan radang pada sel hati yang dikenali sebagai steatohepatitis. Ia kerap dikaitkan dengan pengambilan minuman keras. Pengambilan minuman keras sebanyak 10 auns seminggu sudah memadai untuk mendedahkan seseorang itu mengalami masalah hati berlemak.

Namun keadaan yang sama boleh boleh berlaku tanpa mengaitkannya dengan minuman keras. Keadaan ini dikenali sebagai non-alcoholic steatohepatitis (NASH). Dianggarkan 15 hingga 50 peratus pesakit NASH boleh menghidap fibrosis atau sirosis hati dalam jangka masa yang lama.

Di Amerika Syarikat, sebahagian besar masalah hati berlemak berpunca daripada tabiat meminum minuman keras. Lemak masuk ke dalam hati melalui usus dan tisu. Dalam keadaan normal, lemak daripada makanan diproses oleh hati dan tisu lain.

Jika lemak yang diproses ini berlebihan daripada apa yang diperlukan dalam tubuh, ia akan disimpan. Di kalangan individu yang obes, lemak akan lebih banyak terbentuk dalam sel hati.

Beliau berkata, dalam kes yang serius saiz hati meningkat tiga kali ganda daripada saiz normal.

"Hati berlemak adalah satu keadaan yang mana berlakunya kadar penyerapan lemak yang begitu tinggi dalam hati. Ini disebabkan oleh tabiat pengambilan minuman keras secara berlebihan, penyakit kencing manis atau pertambahan berat badan," katanya.

Selain itu, penyakit seperti batuk kering, diet yang tidak seimbang, pembedahan pintasan usus kecil untuk obesiti dan sesetengah ubat seperti kortikosteroid menjadi punca berlakunya hati berlemak.

Beliau berkata, sukar untuk dijelaskan bagaimana penyerapan lemak pada hati berlaku. "Pesakit yang mempunyai hati berlemak biasanya menunjukkan pertambahan lemak yang mengakibatkan berat hati meningkat sebanyak lima peratus. Pemindahan lemak daripada bahagian tubuh lain atau peningkatan ekstrak lemak dalam hati akan melalui usus.

"Kadar kemampuan hati untuk memecah dan mengumuh lemak ialah punca kemungkinan berlakunya pengumpulan lemak dalam hati," katanya.

Berbeza dengan jantung, mengambil makanan yang berlemak tidak mempunyai kesan secara langsung terhadap pengumpulan lemak pada hati.
Malah, ada pesakit yang mempunyai paras lemak yang normal dalam darah.

Beberapa kajian mendapati hati berlemak adalah antara sebab yang menurunkan enzim hati yang dikenal pasti pada ujian darah secara rutin.

Enzim ini dikeluarkan oleh sel hati apabila berlaku radang pada sel berkenaan.

Bagi membantu menurunkan sekaligus membuang lemak yang berlebihan dalam hati, supplement yang sesuai di ambil ialah :

1. Lecithin


Ia berfungsi untuk mengemulsi lemak - lemak yang tidak diperlukan oleh badan termasuk juga hati. Lecithin akan melindungi hati dengan menghalang enapan lemak dihati, sirosis hatidan hati berlemak. Selain itu juga, lecithin juga membantu kesihatan hati
Harga Runcit : RM52.00 (Semenanjung) / RM55.00 (Sabah & Sarawak)
Kuantiti : 180 biji


2. Omega Guard


Omega Guard mencegah penyakit saluran darah yang boleh diakibatkan oleh hati yang berlemak. Fungsinya yang mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL sangat penting bagi mengelakkan pengenapan lemak di dalam hati

Harga Runcit : RM136.00 (Semenanjung) / RM140.00 (Sabah & Sarawak)
Kuantiti : 90 biji


3. Alfalfa Complex



Alfalfa berfungsi untuk mencuci hati, darah dan usus. Ia adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot. Alfalfa boleh diumpamakan sebagai span yang menyerap toksin dan lemak yang berlebihan dan akan membuangnya melalui najis.

Harga Runcit : RM53.00 (Semenanjung) / RM56.00 (Sabah & Sarawak)
Kuantiti : 330 biji
Harga Runcit : RM97.00 (Semenanjung) / RM102.00 (Sabah & Sarawak)
Kuantiti : 700 biji

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Call / Sms / Whatsapp / Viber
FB : najihah sudi

PERHATIAN : Konsultasi selepas pembelian produk adalah khas untuk PELANGGAN SAYA sahaja. Sila rujuk pengedar anda untuk sebarang masalah yang timbul, cara pemakanan suplemen yang lebih terperinci, tips - tips dan sebarang konsultasi selepas pembelian. Terima kasih.. :-)

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Baca ni! Best!