Khasiat Timun Untuk Wajah


Timun sangat mudah didapati di mana - mana dan juga sangat murah.Tapi tahukah anda, selain dijadikan sebagai ulam ketika menyajikan sesuatu hidangan timun juga mempunyai pelbagai khasiat dalam bidang kecantikan.
ihsan : google

Timun banyak mengandung silikon dan fluorin yang bersifat mendinginkan dan menyegarkan serta berfungsi sebagai astringent. Timun mentah mengandungi protein dan karbohidrat serta vitamin dan mineral seperti kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C. Biji timun pula mengandungi banyak vitamin E dan sangat baik untuk kulit dan dapat mengurangkan kedutan diwajah.
ihsan : google

Mari manfaatkan kelebihan yang ada pada timun. Cara penyediaan juga begitu mudah sekali!! 

1. Masalah Muka Kusam & Muka Berminyak
Kupas timun kemudian parut, campur dengan sedikit air dan oleskan pada wajah selama 15 minit. Basuh dengan air suam dan lakukan seminggu 2, 3 kali .

2. Menyegarkan & Menghiilangkan Sembab Mata
Mata yang letih akan menjadi segar seketika apabila hirisan timun diletakkan di atas kelopak mata selama 15 minit.

3. Muka Sunburn & Pedih
Kupas timun, parut, kemudian simpan selama 30 minit di dalam peti ais. Setelah itu, oleskan pada wajah dan biar 20 minit. Basuh dengan air paip dan keringkan wajah dengan menepuk - nepuk perlahan menggunakan kain lembut.

4. Membersihkan & Menyegarkan Wajah Serta Menghaluskan Kulit
Buat Masker Timun!!
a)Masker timun dibuat dengan mencampurkan parutan timun dengan sedikit susu segar lalu diblend. Sapukan bahan ini pada wajah dan biarkan selama 20-30 minit. Setelah itu bilas dengan air suam.
b)
Timun dipotong - potong dan dikisar. Campur dgn 3 sudu yogurt timun. Sapukan pada wajah dan biarkan selama 45 minit / sejam . Setelah itu bilas dengan air bersih.

so kalau ada masa free - free tu boleh la try kan.. lagipun nk sediakannya pun mudah jer..

orait, selamat mencuba

love, 

jiha
0175012307

Masker ESP + Yogurt untuk kulit lebih muda dan berseri


Hi uolls..

Hari ni saya nak share mengenai  masker ESP + Yogurt yang lately saya kerap buat lately. Hasil pemakaian masker ni memang mabeles habess. Seriously kulit jadi segar, lebih cerah dan lebih lembut. Pori – pori kulit pun nampaknya lebih rapat. Yahoo!! I like..


Haa. Kenapa pilih yogurt? Nape x pilih air kosong jer.. jangan x tau yogurt ni pun bagus sangat untuk kulit kita.

1. Menjadikan Kulit Lebih Segar dan lebih muda
- Yogurt mengandung asid laktik (alpha hydroxyl) yang dapat membantu menghaluskan kulit kering dan mencegah penuaan diri seperti garis-garis halus, kedut dan bintik-bintik pada kulit. Yogurt turut membantu membuang sel - sel mati yang akan menutup liang – liang  pori yang menyebabkan penampilan kulit menjadi kusam.

2. Merapatkan Liang – liang pori
- Asid laktik (alpha hydroxyl)  yang ada pada yogurt juga dapat menutup pori-pori yang besar pada kulit menjadikan penampilan kulit lebih muda.

3.  Bebas Jerawat
- Yogurt memiliki sifat anti bakteria serta kaya dengan zinc yang membantu menyembuhkan jerawat dan memudarkan bekas jerawat.

4. Mencerahkan & Memutihkan Kulit
- Jika anda mempunyai masalah kulit terbakar akibat sinaran matahari (sunburn), yogurt sangat membantu dengan memberi rasa sejuk dan meredakan kemerahan pada kulit akibat sunburn. Pemakaian secara teratur dan konsisten mampu memutihkan wajah.

Best, kan?? Tambah pulak dengan ESP yang kita tahu ia merupakan soya tinggi protein yang merupakan asas penghasilan sel dan membaikpulih sel – sel yang rosak. Hasilnya memang superb!!


Love
Jiha
0175012307

Kepentingan Leucine Untuk Tubuh Badan


Leucine merupakan salah satu komponen terpenting dalam memastikan berat badan terkawal. Leucine ialah rangkaian asid amino yang diperlukan oleh badan. Leucine tidak boleh dihasilkan oleh tubuh kita tetapi ia boleh diperolehi daripada pelbagai sumber iaitu daging, dairy products, telur, soya dan kekacang yang lain.  Walau bagaimanapun, leucine ini sangat mudah termusnah ketika proses masakan dilakukan. Untuk mendapat sumber leucine yang lengkap dengan sumber protein , bolehlah  mendapatkannya daripada Cinch Shake. 

Dalam menurunkan berat badan, leucine berfungsi dengan mengekalkan tisu – tisu otot tanpa lemak dan membantu menyerap protein dengan lebih baik sekaligus  menghasilkan  lebih banyak otot yang berkualiti. Otot – otot yang dihasilkan ini akan menggantikan lemak – lemak dalam badan so berat dan bentuk badan yang diinginkan dapat dikekalkan.  Otot memainkan peranan yang penting kerana otot merupakan mecium pembakaran lemak terbesar dalam badan. Jadi kebanyakan kalori di dalam badan akan dibakar oleh otot.

Fungsi – fungsi lain Leucine ialah :
·         Meransang penghasilan otot yang sihat
·         Merendahkan paras gula dalam darah
·         Membolehkan otot bekerja di bawah tekanan
·         Menyimpan GLIKOGEN di dalam tisu otot yang mana glikogen ini merupakan sumber tenaga untuk  menggerakkan otot

Kekurangan leucine di dalam badan boleh sebabkan pelbagai masalah dan pastinya proses untuk menurunkan berat badan dan mengekalkannya akan terganggu. Ia juga turut mengganggu kebanyakan fungsi badan kita. Antara tanda kekurangan leucine ialah keletihan, sakit kepala, pening, kejang, otot terasa lemah dan lembik, kerengsaaan, mudah mendapat jangkitan, luka lambat sembah dan kemurungan.

Jadi pastikan makanan anda lengkap dengan semua keperluan badan bagi memastikan tubuh dapat berfungsi denga baik dan juga dapat mengekalkan kesihatan badan di paras yang optimum.

Sayang uolls sume

JIha
017-5012307

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Baca ni! Best!