Bagaimana Vitamin E, Vitamin C dan Serbuk Kolagen bertindak??

Lama sangat dah xupdate blog nih.. asyik update FB je sampai blog pun lupe nk update.. huu..

ok, hari ni nak share something yang best pasal KOLAGEN. lepas bertapa sekian lama, baru ku tahu ini fungsi2 vitamin utk kulit.. ish3.. (lame betul kau bertapa ye jiha..)






saya memang OBSES dengan vitamin C. suke sangat buat masker.. lepas pakai masker vit c, xyah pakai pape krim muka pun rase cam cantik jerrr.. hehehe..

ok, pd sesape yg xtau lagi, nilah SERBUK KOLAGEN SHAKLEE.. Tadaaaaaaa


Yang ni pulak vitamin C yang diobseskan sgt tuh.. heeee


haaa,, ni kalau nk ilangkan parut jerawat memang superb  n mabeles i told you....


ok, sebarang pertanyaan boleh hubungi saya. jgn malu jgn segan dan jgn takut.. saya makan nasik bukan makan org.. hahaha..



Panduan Khasiat Bijirin Penuh.



Oleh Asyikin M

Amalan pengambilan bijirin penuh memberikan kesan yang positif terhadap kesihatan manusia. Kita semamangnya banyak mengambil bijirin setiap hari, namun begitu adakah bijirin yang diambil tersebut terdiri daripada bijirin penuh? Bijirin penuh terdiri daripada komponen bran, germa, dan endosperma. Ia kaya dengan sumber protein, antioksidans, fiber, kalsium, asid lemak perlu, pelbagai vitamin, dan mineral.


" Menurut Panduan Diet Malaysia 2010, separuh daripada pengambilan bijirin penuh harian terdiri daripada bijirin penuh, iaitu 2-4 saiz sajian sehari... "


Sumber-sumber bijiran penuh.


Menurut Panduan Diet Malaysia 2010, separuh daripada pengambilan bijirin penuh harian terdiri daripada bijirin penuh, iaitu 2-4 saiz sajian sehari. Antara sumber makanan bijirin penuh adalah biskut bijirin penuh, roti bijirin penuh, barli, bertih jagung, beras perang, oat, pasta/mee bijirin penuh, bijirin sedia dimakan, muesli, dan granola bars.

Keputusan kajian epidemiologi menunjukkan bahawa individu yang mengambil bijirin penuh melebihi satu saiz sajian sehari mempunyai jisim tubuh yang lebih baik. Hal ini kerana bijirin penuh memberikan rasa kenyang yang lebih lama berbanding produk makanan yang lain.

Selain itu, penyerapan bijirin penuh dalam tubuh adalah lebih perlahan sekaligus mengurangkan kandungan gula dalam tubuh. Kajian saintifik menunjukkan bahawa kekerapan pengambilan bijirin penuh mengurangkan risiko obesiti, diabetes, penyakit jantung, kanser, strok, dan tekanan darah tinggi.


Menurut Proceeding of the Nutrition Society (2003), pengambilan bijirin penuh sekurang-kurangnya 3 kali sehari mengurangkan kadar diabetes sebanyak 21-27%.
Panduan pengambilan

Satu sajian bijirin penuh adalah bersamaan dengan 16 gram. Berikut merupakan contoh satu sajian bijirin penuh-:

Sekeping roti 100% bijirin penuh
½ cawan pasta/mee bijirin penuh
½ cawan beras perang
½ cawan oat
1 cawan bijirin sedia dimakan
3 keping biskut bijirin penuh

Para pengguna juga boleh membezakan produk bijirin penuh dengan bijirin yang terproses dengan melihat “whole grain stamp” pada label makanan. Jika isi kandungan yang pertama dalam label makanan terdiri daripada produk bijirin penuh misalnya oat, makanan tersebut boleh diklasifikasikan sebagai produk bijirin penuh kerana sebahagian besar isi kandungan produk tersebut terdiri daripada bijirin penuh.

Oleh itu, amalkan pengambilan bijirin penuh dalam diet harian kerana selain daripada membantu dalam pengawalan berat badan, ia juga kaya dengan nutrien dan boleh menghindari daripada risiko penyakit-penyakit yang berbahaya.

Credit to : blog kevin zahri

Resepi Bancuh ESP Shaklee SEDAP!

Credit to :

Resepi Bancuh ESP Shaklee SEDAP!-Vitamin dan Cikgu-



Dah try minum ESP? sedap tak? bagaimana rasa ESP ni? rasa soya lah! tapi sedap. Tapi bosan gak kalau asik bancuh ngan air kosong jer. untuk variasi dan nak lagi sedap kaw-kaw, ada resepi yang sedap untuk bancuh ESP Shaklee ni


  • ESP + Fresh Milk 
  •  ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP..bukan sahaja bertenaga..boost milk production malah energized)
  • ESP + SusuAnmum
  • ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
  • ESP + Nesvita 3in1
  • ESP + jus twister tropicana ESP
  • ESP + Ribena
  • ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
  • ESP + Milo/Horlicks
  • ESP + sirap bandung

ada yang lain? secara asasnya satu sudu besar ESP ni bancuh ngan satu mug air. suam atau sejuk. Jangan yang panas-panas sudah. Kang habis protein tu kang! Kalo cikgu suka bancuh ngan Performance Drink dan juga dengan Ribena.
dan cikgu memang suka minum sejuk. Susah nak larut? Kalau kacau ngan sudu mememng susah larut, cikgu masuh dalam shaker atau mana-mana botol tapau yang ketat penutupnya untuk di shake-shake boom boom...heheh




Performance Drink Shaklee




ESP


ESP ni bukan untuk ibu menyusu je yer... ia sesuai utk seisi keluarga..UNTUK:


1. Orang yang ingin kekal sihat..
2. Orang yang lanjut umur, yang tidak upaya kerana kekurangan tenaga.
3. Kanak-kanak bersekolah
4. Ibu-ibu mengandung dan menyusu anak
5. Pesakit yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan
6. Pesakit seperti ulcer perut, jantung, kanser, sakit kulit, rambut gugur, tidak ada selera makan, gastrik,
7. Ahli sukan dan bina badan
8. Soya Protein ini adalah untuk semua orang yang ingin membina dan mengekalkan badan yang sihat …dan yang inginkan kulit yang cantik
Jom try sekarang! sedap...

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan .


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Baca ni! Best!