Assalamualaikum..
Pada 15hb Februari yang lalu, Shaklee telah menganjurkan
satu majlis khas iaitu Master Celebration untuk Master Farihah Abu Kassim serta
suaminya Master Raja Abdul Mutalib Raja Yusof .
Majlis ini memang sangat istimewa kerana ia merupakan
majlis bagi meraikan kejayaan seorang yang bergelar master setelah mereka berjaya
memperluaskan empayar Shaklee kepada orang ramai serta menghasilkan ramai
leader di bawah pimpinan mereka. Bagi yang tak tahu, dalam Shaklee pangkat yang
tertinggi ialah Gelaran Master
Distributor >> Supervisor >> Senior
Supervisor >> Coordinator >>
Senior Coordinator >> Key
Coordinator >> Senior Key Coordinator >>
Master Coordinator
Lebih menarik, Master Celbration ini hanya dianjurkan
oleh Shaklee Malaysia sahaja. Tapi yang paling menarik sekali ialah , peruntukan setiap Majlis
ialah sebanyak RM50,000!! Fuhhh.. memang best!! Dalam kumpulan yang saya sertai
ini jumlah master dah hampir 40 orang. Bayangkan seorang master diberi
peruntukan sebanyak RM50,000, kalau dah 40 orang master??
RM50,000 x 40 orang
= RM2,000,000!!
DUA JUTA TUUU...
Shaklee juga memberi kebebasan kepada setiap master yang
diraikan untuk memilih mana – mana tempat bagi meraikan kejayaan mereka. Untuk
Master Celebration Master Farihah Abu Kassim, beliau telah memilih untuk
diadakan di Hotel Marriot Putrajaya. Majlis berlangsung dari jam 2 petang
hingga 6 petang. Saya tidak pernah menyertai mana – mana Master Celebration
jadi masa nak pergi ke majlis tu memang rasa teruja sangat – sangat!
Rancangan asal nak pergi naik bas je dari Cameron
Highlands. Perjalanan dari Cameron Highlands ke KL dalam 4 jam.. hihi..gigih
tuu.. demi nak meraikan seorang master yang saya anggap sebagai seorang kakak. Tapi
niat tu dibatalkan selepas upline saya iaitu Kak Aini Mumtaz ajak saya tumpang
sekali dengan dia.. sebenarnya nak naik bas tu pun ada hidden agenda. Dalam
masa yang sama saya sebenarnya nak ajak anak saya. Safiya merasa pengalaman
naik bas. Tapi takpelah.. boleh cuba lain kali.. hihi..
Baik, tumpang dengan Kak Aini Mumtaz tapi pergi Master
Celebration dengan sahabat saya juga merupakan downline saya iaitu Anne Ilani. Haa.
Caner tuh?? Majik x?? hihi.. kami sampai di Hotel Marriot Putrajaya dalam pukul
2 petang. Sampai – sampai je kami semua diminta untuk makan tengah hari di
ruang makan bersebelahan dengan hall untuk meraikan Master Farihah Abu Kassim.
Jejak je kaki dalam ruang makan, saya dengan Anne
terkejut!! Kami macam .. “Wowww!!..Dasyat..” Serius tak sangka!!
Haa.. nak tau ape yang buat kami melopong, tunggu next
entry saya ya!!
Hihihi..
Master2be,
Najhah Sudi
FB : Najihah Sudi