Hek eleh.. Bajet Bagus Jer Shaklee ni..




Wah wah wah.. kemain lagi tajuk ye? Haha

Saya dah join Shaklee 2 tahun lebih. Ramai juga yang tanye, apa yang best sangat join Shaklee ni? Well, kalau nk diikutkan mase mula – mula join dulu takde apa pun yang menarik. Mase tu dalam kepala cuma fikir, nak cuba jual barang Shaklee. Kebetulan masa tu saya memang jual produk lain, jadi join Shaklee hanyalah sebab nk tambah pendapatan tak lebih daripada tu.

Sebenarnya pada masa tu saya memang consume produk Shaklee iaitu Breastfeeding Set. Hampir setahun juga saya consume. Tapi masa tu SID (Shaklee Independent Distributor) tersebut tak pernah offer membership. Dan nak dijadikan cerita, kakak yang tinggal di Cameron ni (upline saya sekarang) approach dan ajak saya join. Sepanjang saya consume Shaklee, saya memang berpuas hati. Tanpa saya sedar, kulit saya makin flawless dan berseri ala - ala Che Ta. Itupun selepas beberapa kawan saya tegur. Susu pun Alhamdulillah tak pernah kering dan paling saya suka ialah badan langsung tak letih. Sentiasa bertenaga dan jarang rasa lesu.

Pada saya apa yang best sangat mengenai Shaklee ialah pada Group Support. Sokongan dan motivasi dari upline dan sideline sangat best. Mereka sentiasa memberi semangat walaupun kami semua tak pernah berjumpa face to face. Maklumlah, majority berbisnes secara online. Walaupun tak pernah berjumpa tapi kami semua sangat mesra antara satu sama lain. Saya tak pernah jumpa group support yang best macam ni. Tambahan lagi, group telah sediakan macam – macam ilmu dari segi produk, teknik pemasaran, kenali potensi diri dan banyak lagi. Ilmu yang group sediakan sangat banyak tinggal kita nak guna atau tak sahaja. Sebab tu saya sangat sayangkan Shaklee. Shaklee buat ukhwah saya dengan orang lain terjalin dan menjadi rapat.

Shaklee juga telah mengubah cara saya berfikir. Shaklee buat saya ada impian besar dalam hidup. Sebelum saya join Shaklee saya tak pernah dan tak mampu nak berfikir yang saya akan dapat income 5 angka, saya tak pernah mimpi nak bercuti di luar negara, tak terfikir yang saya akan beri mak saya duit bulan – bulan sebanyak 4 angka. Malu nak cerita tapi masa tu memang saya macam takde impian hidup. Saya tak nampak apa akan jadi pada masa depan saya. Saya cuma nak ikut flow yang Allah tentukan. Tapi sebenarnya saya silap. Hidup kita ni tak kisah la siapa pun kita, kita mesti ada perancangan, mesti ada impian. Itu yang saya rasa indah sangat Shaklee ni. Dia membawa perubahan yang sangat besar dalam hidup saya. Syukur pada Allah yang telah membawa saya ke dalam Shaklee.

Sekarang saya lebih positif. Apa yang berlaku dalam sekeliling saya, saya akan cuba pandang positif. Berbeza dari dulu yang saya mudah bersedih dan kecewa atas apa yang berlaku dalam hidup. Saya selalu fikir, setiap dugaan yang berlaku dalam hidup adalah kerana kesilapan saya yang lalu. Tapi bila terlalu banyak dugaan yang datang, saya jadi terlalu kecewa. Banyak betul silap aku ye sampai tak habis – habis Allah uji aku. Hihi.. bagus sebenarnya. Buat kita sentiasa muhasabah diri. Tapi sebenarnya saya lupa. Kegembiraan dan kebahagian akan hadir selepas kita diuji. Mari kita renung ayat 5 & 6 dalam surah al Insyirah yang bermaksud :

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
.

Bila saya lihat ayat ni, rasa lapang sangat dada. Rupanya Allah nak bagi aku kegembiraan. Jadi kenapa harus aku bersedih atas setiap ujian Allah? Kalau bukan saya join Shaklee, mungkin lambat lagi saya nak jumpa ayat penenang ni. Hihi.

Banyak lagi sebab kenapa saya suka berbisnes Shaklee. Tapi kalau nak longgok semua dalam 1 entry jadi panjang sangat lah pulak,kan? Saya akan cerita kelebihan lain yang saya dapat dalam next entry.

Sehingga berjumpa lagi. Daaaaa

Najihah
0175012307

Anda Penelan Tegar Panadol? Entry ini khas untuk anda

Teks : Najihah Sudi

Terkejut beruk masa blogwalking tadi terbaca satu statement yang mengambilan panadol secara berlebihan boleh sebabkan kerosakan hati. Bila hati dah rosak maka timbullah penyakit – penyakit hati seperti keradangan, cirrhosis, hepatitis dan lain – lain

Sakit Kepala = Barah Otak?

Teringat la plak zaman – zaman belajar dulu. Masa saya tingkatan 5 selalu sangat sakit kepala. Mase zaman suci murni dulu, agaknya terlalu terpengaruh dengan drama – drama melayu, asal sakit kepala jer terus fikir “alamak, aku kene barah otak ke? Aku dah nak mati. Ala sedihnya.. tak sempat aku nak kawen.. oh tidakkk..” tragis sungguh pemikiran saya masa tu. Drama melayu pun satu hal jugak. Kalau sakit kepala jer mesti kata barah otak, asal muntah - muntah je rupenya kene barah otak... dah macam takde penyakit lain dalam dunia ni. Begitu besar pengaruh drama melayu pada diri saya sampai terfikir saya dah kene barah otak masa tu..pastu melaratlah mengelamun.. admitted kat hospital.. rambut gugur sampai botak.. pastu kawan – kawan datang melawat.. cikgu datang bawak buku nota.. (walaupun sakit, iolls tetap ada kesedaran kepentingan ilmu tauuuu..hahha) haiii la.. sungguh tak matang saya masa tu walaupun dah tingkatan 5 kotttt..

My BFF (Best Fren Foreberrr)

Jadi bila dah kerap sangat sakit kepala tu,panadol pun jadi sahabat baik. Sekali telan, hamekkk.. sampai 2- 4 biji..(tapi tetap tak boleh lawan kehebatan abang saya yang bila migraine terus telan panadol 1 papan!! Tau sepapan ade berapa biji?? 8 biji kauuu!! Giler ar..) Hal ni memang berlarutan sampai saya kerja.. bayangkan.. bertahun – tahun saya ber’bff’ dengan panadol. Sungguh masa tu takde kesedaran langsung pasal keburukan pengambilan panadol secara kerap dan berlebihan. Mase tu hanya fikir nak sihat pastu nak pergi kerja. Sihat lah sangattt…


Mengikut daripada website ni,

“pengambilan ubat-ubatan boleh merosakkan sel hati sama ada sementara atau kekal. Sesetengah ubat yang terlebih dos boleh menyebabkan kecederaan hati dan seterusnya merosakkan sel hati”


Saya masa baca ayat ni ok lagi. Yelah, setakat ni Alhamdulillah takde lagi sakit – sakit kronik. Setakat deman,  selsema tu adalah sesekali kene. Yang buat saya terkejut ala – ala beruk tu bila panadol yang saya sangkakan ‘ubat paling selamat’ pun turut memberi kesan kepada hati. Selain panadol, ade lagi ubat lain. Meh sini Iolls nak tunjuk

a. Pengambilan berlebihan acetaminophen (seperti Tylenol, Panadol) boleh menyebabkan kegagalan hati berfungsi.
b. Ubatan statin yang berlebihan bagi mengawal kolesterol dalam darah juga boleh menyebabkan keradangan hati. Tahap keradangan sel hati ini boleh diketahui dengan melakukan ujian kandungan enzim hati dalam darah.
c. Antibiotik (seperti Nitrofurantoin, amoxicillin, clavulanic acid, tetracycline) juga boleh menyebabkan keradangan sel hati.
d. Sesetengah ubat-ubatan tradisional dengan jumlah vitamin yang berlebihan (terutamanya vitamin A) juga boleh menyebabkan hepatitis, cirrhosis dan kegagalan hati berfungsi.
* Yang e ni bukan ubat tapi saya nk tunjuk jugak
e. Kebanyakan cendawan/kulat adalah toksik kepada hati. Oleh itu, berhati-hatilah makan cendawan yang dipungut liar yang jarang ditemui kerana ia boleh membawa mudharat atau maut.

Jadi anda kat luar tu, bila dah baca pasal ni, sedarlah yang ubat kita ambil pun sebenarnya ada kesan buruk pada kita. Sedihnya.. biase ambil kita mesti nk sihat, ye tak? Tapi sebaliknya plak yang jadi.

Habes tu, ape nak buat untuk mangsa macam saya ni? (mangsalah sangatt.. sape suruh ko telan panadol sampai 4 biji??) yela.. dah telan beratus biji panadol mesti ada kesan sama pada hati saya , betul tak?

DTX Complex

Shaklee ada menawarkan 1 makanan tambahan hebat untuk kesihatan hati. Dengan gabungan ekstrak biji benis pokok susu tisel, Articok, Dandelion, Kunyit, Reishi Mushroom dan Schizandra ia mampu memberi kesihatan yang baik untuk hati kita.

Bagaimana DTX Complex berfungsi?

1. Melindungi hati daripada toksin termasuklah dadah, racun dan bahan kimia
2. Merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis
3. Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat pengmbilan alcohol berlebihan
4. Membantu mencegah masalah batu karang
5. Membantu masalah kulit seperti psiorisis dan eczema
6. Membina semula sel – sel hati
7. Meransang pengaliran hempedu
8. Membantu ketika berlaku kebengkakan hati (hepatitis) dan jaundice
9. Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi – melawan anemia
10. Melawan tumor dan kanser
11. Merendahkan paras gula dalam darah
12. Membina imun – membantu dalam mencegah atau merawat kanser
13. Meransang sintesis protein
14. Meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi
15. Memperlahankan pembentukan toksin

Bila baca pasal DTX Complex ni rasa lega sangat. Penyelamat gitu.. so, anda kat luar tu jangan bertangguh untuk dapatkan hati yang sihat. Jangan sampai dah terkene penyakit hati baru kita nak bertindak. Tambahan pula dengan kepesatan kenaikan toksin dalam dunia ni menyebabkan potensi kita untuk mendapat penyakit hati seperti keradangan, sirosis, hepatitis, hati berlemak dan juga kanser hati adalah sangat cepat. Dan ia juga tak kenal siapa dan tak kira umur.

DTX Complex : RM 155 (termasuk sabah Sarawak) dan mengandungi 90 biji.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya

Najihah

017-5012307

(SMS / WhatsApp / We Chat/ Call)

Hati Anda Dalam Bahaya - 15 Tanda Hati Perlu Detok



Hati kita begitu terbeban dengan keadaan persekitaran yang  berkimia dan bertoksin. Ia kelihatan kita tinggal dan hidup dalam dunia yang penuh toksin termasuklah udara, tanah, air, makanan dan macam – macam lagi. Dengar pun dah takut,kan? Kita kadang – kadang  kalau berdiri sebelah perokok rasa marah sangat sebab asap rook tu rasanya dah beracun habis tapi sebenarnya mana pun kita pergi memang takkan lari daripada racun toksin semua.

Rumah Toksin
Tau tak yang badan kita ni umpama rumah toksin? Dalam badan kita ni sebenarnya ada lebih daripada 700 jenis toksin . Gila. Bahkan lebih menakutkan, kajian Environmental Working Group mendapati bayi yang baru lahir mengandungi purata 287 toksin dalam air kencing mereka termasuk raksa, racun perosak, formaldehid, Teflon dan  banyak lagi akibat dari pendedahan sebelum kelahiran.
Sekalipun kita berusaha untuk makan makanan yang ditanam secara organic dan haiwan yang kita sendiri bela, kita masih tidak boleh mengawal ribuan toksin yang berbahaya di sekeliling kita.


Hati Organ Paling Menakjubkan
Jadi siapa yang akan mencuci berates jenis toksin dalam badan kita ni? Jawapannya ialah HATI.


Hati merupakan organ manusia yang paling banyak tanggungjawab. Kerja utama hati ialah mencuci semua toksin ni daripada badan. Ia organ terhebat!! Tapi walau bagaimana hebat sekali pun, ia takkan mampu untuk melawan semua jenis toksin yang ada dalam badan. Toksin yang tak mampu dicuci oleh hati membuatkan ia tertekan, terbeban akibat  terlalu bekerja keras. Ini yang bahaya kerana bila hati tak mampu nak mencuci toksin pastinya toksin dalam badan terkumpul dan berlegar dalam badan. Apa akan jadi bila badan penuh toksin??  Itu kita akan bincang kemudian ok!

Terdapat banyak kajian yang menunjukkan sebanyak 100% sel lemak dinaikkan oleh toksin – toksinj yang diketahui. Seramm!!! Bila badan kita terbina daripada toksin maka ia akan memberi kesan yang sangat besar kepada tahap kesihatan kita.

Ini lagi seram okay. Mary Vance, ahli pemakanan holistik dan pengarang Three Weeks To Vitality berkata:

 “Toxic overload creates an acidic internal environment and has been implicated in a number of diseases, including cardiovascular disease, cancer, chronic fatigue, allergies, skin conditions, asthma, mental illness, hypertension, gastritis, kidney disease and obesity. Studies are beginning to reveal that toxic overload contributes to more serious conditions such as autoimmune diseases, inflammatory/rheumatoid arthritis, and neurological disorders such as Alzheimer’s and Parkinson’s.”

Ok, jom kita kenalpasti 15 tanda hati kita terbeban.


1. Sakit kepala
2. Sakit sendi yang kronik atau kesakitan otot
3. Mempunyai masalah penghadaman termasuklah gastrik, pedih hulu hati, kembung, cirit-birit atau sembelit , dan sakit perut
4. Insomnia
5. Masalah Imunisasi
6. Ketidakseimbangan hormon seperti PMS atau gejala Menopaus
7. Jerawat atau ruam kulit
8. Kebimbangan atau kemurungan 
9. Alahan / Elergik
10. Keradangan
11. sensitiviti-sensitiviti kimia
12. Mudah Letih
13. Brain Fog
14. Nafas  berbau yang kronik
15. Pertambahan berat badan

Jadi, cek diri masing – masing. Ada tak anda mengalami gejala seperti di atas? Kalau ada, hati – hatilah ya.. itu tandanya anda perlu detok hati. 

Terima kasih kepada Shaklee kerana telah mencipta 1 makanan tambahan khas untuk hati iaitu DTX Complex. 



Apa Yang Membezakan DTX Complex Dengan Produk Jenama Lain?
Tentunya ialah kandungan utama di dalam DTX Complex iaitu ekstrak biji benih pokok susu tisel yang mana ia berfungsi untuk menyokong keupayaan badan menghasilkan protin bagi membantu menjana semula sel - sel hati. 

DTX Complex juga mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin. ia turut mengandungi bahan - bahan yangdigabungkan secara unik dan saintifik; ekstrak daripada schizandra dan cendawan Reishi (herba yang kaya dengan anti oksida) dan ekstrak daripada dandelion,kunyit, dan articok (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu)

Pada yang berminat nk mencuba, boleh la dapatkan daripada saya ya.

Harga Pasaran : RM155 sebotol untuk 90 biji

Najihah Sudi



SMS / WHATSAPP : 017-5012307



Fb : Najihah Sudi

6 jenis makanan terbaik untuk detok usus



Dalam banyak – banyak detok, rasanya hampir semua orang tau yang usus kita merupakan salah satu bahagian dalam badan yang perlu kita detok selalu. Saya suka detok usus / kolon sebab memang sangat membantu kalau saya ada masalah penghadaman atau dalam sehari tu saya makan macam – macam jenis makanan. Kat sini saya nak share 6 jenis makanan yang superb untuk bersihkan kolon.

1. Epal / Cuka Epal

Epal kaya dengan fiber. Ia juga mengandungi pectin yang merupakan agen pemekat yang membantu mengeluarkan toksin dari usus sekaligus mengukuhkan lapisan usus. Pectin bertindak meyerupai jel yang akan mengaut segala toksin yang melekat di dinding usus.

2. Avocado

Sama seperti epal, avocado merupakan buah yang tinggi fiber. Avocado mempunyai 2 jenis fiber iaitu jenis larut dan tidak larut. Fiber yang tidak larut membantu pergerakan usus yang sihat yang mana ia sangat membantu menurunkan risiko mendapat kanser kolon.
Manakala fiber yang larut pula akan mengikat dengan makanan lain dan bertindak seperti ‘jeli’ sekaligus pergerakan najis dalam kolon menjadi lebih mudah. Proses ini membantu mengelakkan daripada toksin terkumpul dan mengakibatkan sembelit.

3. Flaxseed / Chia Seeds

Kedua – dua jenis fiber ini tinggi omega 3 yang mana ia bagus untuk menguatkan dinding usus dan mengelakkan keradangan. Flaxseed dan Chia Seeds juga unik kerana sifar mereka yang larut membuatkan makanan akan terikat sesame sendiri dan proses ini membantu emlancarkan lagi penghadaman.

4. Sayuran Hijau

Sayuran hijau kebiasaannya tinggi kandungan klorofil. Kadar klorofil yang tiinggi sangat  bagus untuk pembersihan usus setiap hari. Ini bukan cakap – cakap kosong,malah ada kajian yang menunjukkan klorofil bukan setakat membersihkan usus malah membunuh bakteria dan memperbaiki lapisan mukosa di dalam kolon. Ini dinyatakan dalam buku The Enzyme Cure: How Plant Enzymes Can Help You Relieve 36 Health Problems

"Fat-soluble chlorophyll adheres to the lining of the intestinal wall and retards bacterial growth, removes putrifactive bacteria from the colon, and helps heal the mucosal lining of the gastrointestinal tract,"

5. Air yang bersih bersama Garam

Kolon yang sihat ialah kolon yang sentiasa lembab. Oleh itu, pastikan anda minum anda secukupnya. Jika kolon kita kering makan toksin akan muadh terkumpul di dalamnya. Latih diri minum air sehari sehingga 3 liter bagi memastikan usus berfungsi dengan baik

6. Makanan bertapai

Sistem pencernaan kita terdiri daripada jaringan bakteria baik yang bertanggungjawab untuk mencerna makanan, menyerap  nutrien, menghalang bakteria berbahaya , dan menghapuskan toksin. Jika semua bakteria baik dibuang, pastinya proses penghadaman kita juga turut terganggu. Menambah makanan yang kaya probiotik (bakteria baik) adalah sangat penting supaya kadar bakteria baik sentiasa berada pada tahap optimum.

Jadi itulah 6 makanan terhebat yang patut kita ambil sekerap yang mungkin bagi memastikan perut yang sihat. Walau bagaimanapun, untuk cara yang lebih mudah dan selamat yang boleh kita amalkan ialah mengambil Herb-Lax.


Sebotol hanya RM53 tapi sebotol tahan sehingga 6 bulan!! murah, kan?

Kalau berminat nak dapatkannya, sila hubungi saya ok.

Jiha @ 0175012307

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Baca ni! Best!