Servis vs repair… Detox vs Operate…




Apa agaknya kaitan antara 2 ni?

Jawapannya ialah KOS.

KOS SERVIS adalah murah berbanding KOS REPAIR..
KOS DETOX adalah jauhhhhh lebih murah daripada KOS OPERATION (jika kita disahkan mengidap sakit kronik seperti kanser, jantung dan sebagainya)

Apa yang saya nak tekankan ialah, wajib untuk kita menjaga diri kita dari terkena penyakit – penyakit yang  kronik. Ramai orang tidak sedar kepentingan untuk DETOX (buang toksin daripada badan) sedangkan DETOX ialah rutin manusia paling wajib untuk diamalkan. Bila terlalu banyak toksin dalam badan, bukan setakat jerawat je kerap - kerap keluar, tapi badan pun cepat letih, masalah penghadaman, kegemukan dan kita nampak lebih tua daripada umur yang sebenar. Yang lebih menakutkan,ia mampu mengundang pelbagai penyakit kronik.

Jika kita menjaga badan kita daripada awal, kita sebenarnya dalam usaha untuk mengelakkan daripada mengeluarkan KOS yang lebih besar bagi ‘memperbaiki’  badan kita yang telah rosak

Ok, secara ringkasnya DETOX ni boleh dibuat melalui pelbagai cara iaitu :

1. Puasa
2. Berpeluh
3. Berbekam
4. Penyahtinjaan

Shaklee menawarkan beberapa produk yang membantu proses detox berjalan dengan lancar, mudah dan selamat.

1. ALFALFA :  DETOX seluruh badan. Saya suka menganggap Alfalfa ni sebagai lori sampah yang akan mengutip segala toksin dari setiap ceruk dalam badan. Alfalfa mampu menurunkan paras keasidan dalam tubuh, menyerap segala lemak dan kolestrol serta toksin yang tidak diperlukan, membantu system penghadaman dan banyak lagi kelebihan yang lain

2. HERB LAX : DETOX usus / kolon. Ramai orang tahu usus / kolon yang kotor ialah punca kepada pelbagai penyakit. Jadi Herb Lax sangat membantu membersihkan dan membuang  mendapan atau juga dikenali sebagai PLAK MUKOID yang terdapat di dalam usus. Selain itu, Herb Lax membantu mengurangkan perut buncit, membetulkan system penghadaman, menyelesaikan masalah sembelit dan tidak lawas.

3. GARLIC : DETOX  darah. Dengan pemakanan kita sekarang, detox darah adalah sangat penting supaya logam – logam berat dapat dikeluarkan kerana garlic mempunyai bahan penting yang membolehkan logam keluar. Garlic juga membantu memperbaiki system penghadaman kita dan juga meningkatkan system imunisasi dalam badan

4. DTX : DETOX hati. Hati merupakan organ manusia yang paling banyak melakukan kerja – kerja detox. Segala apa yang masuk dalam badan kita akan dineutralkan oleh hati. Oleh itu, penjgaan hati adalah sangat – sangat penting. DTX membantu  mengekalkan aliran hempedu, membina semula sel-sel hati, meningkatkan penghasilan enzim untuk proses detox hati, melindungi hati dari toksin dan merawat masalah hati.

Badan manusia melakukan detox pada bila – bila masa sahaja tetapi kebanyakan waktu detox adalah ketika waktu malam ketika tidur. Jadi kepada anda yang suka berjaga malam, anda sebenarnya telah mengganggu proses detox terutamanya detox oleh hati. Maka pengambilan supplement adalahsangat – sangat penting.

Jadi hargailah badan anda.. lakukan sekerap yang boleh proses detox supaya badan kita dapat digunakan untuk jangkamasa yang panjang..


Najihah Sudi
017 – 5012307
FB : Najihah Sudi


Herblax Shaklee yang ditunggu - tunggu dah kembali..



Yes, herblax is back!!

Setelah hampir 2 bulan tiada di pasaran.. itulah herblax.. sempat 2 hari jer ade kat Shaklee, lepas tu 2 bulan hilang.. out of stock.

Saya memang peminat herblax sebab kesan die memang marvelous.  Ramai kawan – kawan saya yang mengadu susah nk membuang.. ade plak bila membuang rasa tak habis.. macam ada lagi najis tertinggal di dalam.. ade yang sembelit.. ish , macam – macam la.. tapi lepas jer ambil herblax lepas sehari dua dah rasa perbezaannya. Mudah sangat membuang. Tak perlu teran – teran sangat. Paling – paling best bila plak mukoid iaitu mendapan yang terdapat di kolon turut keluar.. berinci – inci.. berkaki – kaki!!!

Ini lah antara sebab utama kenapa HerbLax ni ramai sangat orang suka. Ia mampu member kenikmatan yang sebenar ketika membuang. Hihi. Rugi sangat lah kalau uoll xborong wehhhhh.

Pada yang berminat nk mencuba, boleh la dapatkan daripada saya ya.
Harga Pasaran : RM53 sebotol utk hampir 2 bulan penggunaan.

Najihah Sudi
Fb : Najihah Sudi
017-5012307

Bersenam Sebelum Makan Atau Selepas Makan?

Ramai juga yang keliru waktu bila yang sesuai untuk bersenam. Mengikut sumber ni

"Several studies suggest exercising while your body is low on food may be a good way to trim excess fat. In a recent paper, European researchers found that cyclists who trained without eating burned significantly more fat than their counterparts who ate."

          Jadi jelas di sini menunjukkan, bersenam sebelum mengambil sebarang makanan memberi kesan yang lebih baik kepada orang yang ingin menurunkan berat badan. ini kerana , ketika bersenam kita memerlukan tenaga. Bila perut kita kosong, badan akan memaksa lemak - lemak yang ada untuk dipecahkan dan dibakar untuk menghasilkan tenaga. Dengan cara ini membuatkan lemak - lemak di badan akan berkurangan.   

          Walau bagaimanapun, jika anda sedang kelaparan lebih elok sekiranya anda tangguhkan dulu niat anda untuk bersenam. Ini kerana ketika kelaparan dan anda melakukan senaman ia akan mendorong badan berada di dalam mod kebuluran dan perkara ini sangat tidak bagus untuk anda yang mahu turunkan berat. Apabila kita berada dalam kebuluran, kita akan makan apa sahaja tanpa mengira kandungan kalori dan dikhuatiri kalori yang masuk itu melebihi daripada kalori yang dibakar ketika bersenam tadi.

Jadi, jika anda mahu mulakan senaman pastikan anda mula selepas makanan siap dihadam iaitu selepas 3 jam mengambil makanan berat.


Najihah Sudi
Pengedar Shaklee Anda
Facebook : Najihah Sudi
Page : Tips Diet Mudah & Berkesan
MObile : 0175012307
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Baca ni! Best!