Jenama
produk kesihatan terkenal Shaklee memperkenalkan minuman kesihatan
Vivix Botanical Beverage Mix yang menghimpunkan semua kebaikan tumbuhan
berkenaan.Malah
ia adalah produk terlaris dengan jualan sejuta botol sejak tahun
pertama diperkenalkan di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.Menurut
Ketua Pegawai Saintis Shaklee Corporation Amerika Syarikat, Dr Carsten R
Smidt, Vivix adalah kuasa baru menghalang proses penuaan wajah.Kandungan
anggur muskat, elderberi, lobak ungu dan polygonum cuspidatum terbukti
membantu untuk melawan penyakit serta melambatkan proses penuaan. "Kajian
yang dijalankan membuktikan kandungan dalam tumbuh-tumbuhan terutama
anggur muskat memberi tindak balas melawan agen penuaan. "Terdapat
empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia mengandungi
resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas arak merah. Vivix
juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak
mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna
tiruan serta perasa tambahan. Vivix mendapat sijil halal Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya. Menurut Carsten, Vivix
berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan
positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan.Katanya,
Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkan
kebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit. Ia adalah
sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan
anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain.
sumber: Harian Metro
0 comments:
Post a Comment